Ini Senarai Aktiviti Yang Masih Tidak Dibenarkan Sepanjang PKPB

Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengeluarkan senarai aktiviti yang tidak dibenarkan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut kenyataan itu, senarai aktiviti di bawah tidak dibenarkan berdasarkan beberapa justifikasi yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Antaranya:

  • Sukar untuk mengawal keadaan di mana terdapat ramai orang pada satu-satu masa
  • Kemungkinan pendedahan kepada titisan pernafasan
  • Sukar untuk mengawal keperilakuan
  • Kemungkinan kontak rapat dalam masa panjang yang tidak dapat dielakkan
  • Keberadaan di dalam ruang rapat dan tertutup dalam masa yang lama

Berikut kami kongsikan senarai penuh aktiviti yang masih tidak dibenarkan sepanjang PKPB:

1. Hiburan dan riadah

  • Panggung wayang
  • Pusat karoake
  • Taman tema
  • Muzium
  • Busking
  • Pusat refleksologi
  • Pusat hiburan
  • Kelab malam

2. Perayaan, perarakan dan perhimpunan

  • Perarakan keagamaan
  • Aktiviti agama berjemaah di masjid/rumah ibadat
  • Sambutan hari ulang tahun pasukan keselamatan (perarakan)
  • Sambutan Hari Raya kecuali dengan ahli keluarga terdekat (perjalanan pulang hari raya akan diumumkan kelak)
  • Perhimpunan bulanan Jabatan Kerajaan dan swasta
  • Majlis perasmian

3. Persidangangan dan pameran

  • Pameran kerjaya
  • Pameran perkahwinan
  • Promosi dan pakej pelancongan
  • Karnival jualan
  • Semua jenis persidangan yang melibatkan kumpulan yang ramai

4. Pendidikan

  • Sukan semasa sesi persekolahan
  • Aktiviti kokurikulum bersemuka
  • Sebarang bentuk perhimpunan sekolah
  • Sebarang bentuk majlis atau program yang mengumpulkan lebih daripada 10 orang

5. Sukan

  • Pertandingan sukan yang melibatkan perhimpunan penyokong/penonton yang ramai (stadium)
  • Segala aktiviti sukan dalaman (termasuk gimnasium)
  • Kolam renang
  • Sukan bersentuhan (contact sports) seperti ragbi, gusti, boxing, bola sepak dan bola keranjang

6. Aktiviti sosial

  • Kenduri-kendara
  • Majlis berbuka puasa
  • Majlis perkahwinan dan sambutan ulang tahun atau sebagainya
  • Rumah terbuka
  • Majlis-majlis sosial, kemasyarakatan & budaya (ceramah, gotong-royong, lawatan dan seumpamanya)

7. Pengangkutan

  • Kapal persiaran

8. Perniagaan berpremis/penjajaan tanpa premis/pasar berbangunan/pasar tanpa premis/peruncitan/serbaneka makanan & minuman

  • Bilangan pelanggan yang terlalu ramai pada satu-satu masa (tertakluk kepada pengiraan radius jarak minimum 1 meter)
  • Bazar Ramadan
  • Bazar Hari Raya
  • Karnival jualan

9. Kemudahan Penginapan Berpusat Pekerja (CLQ)/ hostel/ asrama pekerja di sektor pembuatan dan lain-lain sektor

  • Terima pelawat
  • Bersosial dan bersukan secara berkumpulan
  • Solat berjemaah atau aktiviti-aktiviti ibadah lain

10. Pemasangan dan penyenggaraan jentera (lif, eskalator, dandang dan lain-lain) bagi sektor perkhidmatan/tower crane di tapak bina

  • Menjalankan kerja secara berkumpulan lebih daripada 10 orang

11. Kedai pakaian dan aksesori fesyen

  • Aktiviti fitting pakaian

12. Dobi (khusus dobi layan diri)

  • Aktiviti melipat pakaian

13. Ceramah/seminar/kursus/latihan secara bersemuka

14. Aktiviti pensijilan bagi agrikomoditi

15. Kedai gunting rambut dan salun kecantikan

16. Perbankan dan perkhidmatan kewangan

  • Urus niaga mendapatkan jualan (sales and marketing activities) di luar premis institusi kewangan atau kawasan awam tidak dibenarkan buat masa ini sehingga diumumkan kelak

17. Pengurusan perhutanan

  • Ekopelancongan hutan
  • Latihan perhutanan

18. Perlombongan dan pengkuarian 

  • Permohonan baharu bagi Peperiksaan Teori & Amali Pembedil

19. Perladangan dan pertanian

  • Hari Bertemu Pelanggan
  • Hari Jualan Barang Bekalan Ladang (BBL)
  • Pesta makan buah-buahan
  • Kursus/seminar
  • Konvokesyen Institut Pertanian
  • Lelongan jualan produk ternakan seperti ayam, telur, daging dan sebagainya

20. Perikanan

  • Aktiviti perikanan rekreasi
  • Pusat Taman Laut, pameran dan akuarium

21. Seni Kreatif

  • Penggambaran filem/drama/dokumentari/komersil
  • Acara/konsert/persembahan kebudayaan
  • Program yang melibatkan orang awam di studio atau tempat awam

22. Kebudayaan dan kesenian

  • Pameran yang melibatkan interaksi antara pekarya dan pelawat

23. Pelancongan dan perhotelan

  • Penggunaan fasiliti hotel seperti surau, gimnasium, spa, sauna, lounge, kolam renang, bilik mesyuarat, dewan seminar, bilik latihan, restoran dan kafe (bagi tujuan buffet)

Senarai di atas akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan pembukaan sektor ekonomi akan dibuat secara berfasa, bergantung kepada keadaan kesihatan semasa dan ketersediaan perniagaan.

Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan PKPB, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca