Ini Senarai 19 Destinasi Untuk Dikunjungi Pada Tahun 2019 Menurut Airbnb

Airbnb bukan lagi satu nama yang asing dalam kalangan pengembara atau mereka yang suka melancong. Menawarkan penginapan dengan pelbagai pilihan harga dan gred, Airbnb terus progresif dan berkembang di seluruh dunia.

Malah, di Malaysia Airbnb sudah menawarkan rangkaian penginapan yang meluas di seluruh negara. Buka saja aplikasi Airbnb di telefon pintar dan buat carian mengikut lokasi yang bakal dituju, ia sememangnya memudahkan kita untuk mencari tempat penginapan yang selesa mengikut bajet masing-masing.

Melalui laman webnya, Airbnb menyenaraikan 19 cadangan lokasi yang menarik untuk dituju pada tahun 2019.

1. Kaikoura, New Zealand

Musnah dilanda bencana gempa bumi pada 2016 lalu, destinasi memukau ini kini sudah kembali pulih dan menjadi tumpuan pelancong. Di New Zealand, Kaikoura adalah antara bandar yang dilengkapi dengan kemudahan pengangkutan awam yang baik seperti kereta api, bas dan lain-lain. Ia pastinya memudahkan para pelancong untuk mengembara dan melihat sendiri hidupan laut ikan paus secara lebih dekat.

2. Xiamen, China

Sebuah bandar pelabuhan yang romantis dengan dikelilingi oleh banyak pulau ini berada di tempat ke-2 dalam senarai Airbnb ini. Xiamen adalah sebuah pulau yang hanya membenarkan pejalan kaki dan bebas kenderaan yang pastinya menjanjikan udara yang segar dan ketenangan buat para pengunjung.

3. Puebla, Mexico

Mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan dari Bandar Raya Mexico, Puebla menawarkan alternatif yang unik; bukan sekadar percutian pantai Mexico yang tipikal dan perjalanan ke ibu kota yang tiada kelainan. Di sana, pelancong boleh menikmati sejarah seni bina dan kuliner terbaik di bandar ini selain turut mempunyai pilihan untuk mengalami sendiri pengalaman kelas memasak bersama tuan rumah di penginapan Airbnb terpilih.

4. Normandy, Perancis

Penggemar sejarah mungkin berminat untuk menyaksikan perayaan Normandy sempena ulang tahun ke-75 pendaratan D-Day (Normandy Landings), menjadikannya masa yang ideal untuk mereka lawati. Hanya dengan perjalanan keretapi selama 2 jam dari Paris, penduduk tempatan dan pelancong boleh mengalami landskap yang subur di rantau ini, keindahan seni bina, dan Route du Camembert – jejak yang dinamakan sempena nama keju yang popular.

5. Great Smoky Mountains, Amerika Syarikat

Ini adalah lokasi taman negara di Amerika Syarikat yang paling kerap dikunjungi kerana lokasinya, kemudahan awam untuk ke sana dan bajet yang mesra poket. Dua daripada laluan paling ikonik di taman negara ini (antara 800 batu laluan untuk dipilih) dibuka semula selepas 2 tahun lalu. Dengan berjalan dan mendaki gunung gah ini, pengunjung berpeluang melihat hidupan yang mungkin jarang dapat kita lihat di Malaysia. Antaranya adalah beruang hitam gergasi serta tumbuh-tumbuhan unik yang sedia menarik perhatian anda!

6.Wilayah Buenos Aires, Argentina

Dengan nilai USD yang lebih tinggi berbanding peso, wilayah Buenos Aires dijangka akan menjadi salah satu destinasi percutian paling menarik dan kerap dikunjungi tahun ini. Jangan pula keliru dengan ibu kota dengan nama yang sama, wilayah ini merangkumi pantai Atlantik dengan rentetan pantai dan hutan yang popular, yang mana anda boleh lawati di Unimog yang telah dipulihkan dan bandar-bandar seperti Tigre, ciri Puerto de Frutos, atau pasar seni kraf yang sibuk. Alamilah sendiri kemeriahan kawasan pantai yang tiada tandingan dengan berlatarkan gunung-ganang menghijau seperti yang selalu kita tonton dalam filem.

7. Accra, Ghana

Ghana muncul sebagai destinasi Afrika global yang telah menyaksikan peningkatan kemasukan pelancong antarabangsa. Dengan Pasar Makola yang menawarkan bazaar berwarna-warni, pantai Labadi dan Kokrobite di sepanjang Teluk Guinea yang mempesonakan serta kehidupan malam yang menarik, tidak ada kekurangan rangsangan yang dijanjikan di bahagian pantai Atlantik di Afrika Barat ini. Ingin merasai pengalaman ke bumi Afrika? Accra adalah destinasi yang sesuai.

8. Mozambique

Ini percutian pantai selatan Afrika yang sangat memukau. Ia menawarkan keindahan alam semula jadi yang melimpah dengan pulau, bakau, taman laut dan taman negara. Lautan Hindi yang mengelilingi pulau-pulau ini adalah habitat kepada 2,000 jenis ikan berwarna-warni yang boleh dinikmati pemandangannya semasa selam skuba atau snorkeling.

9. Outer Hebrides, Scotland

Rantaian pulau dengan pelbagai nama yang terletak di pantai barat Scotland ini menanti pengunjung dengan keindahan alam semulajadi yang cantik. Hidupan liar di mana-mana: rusa merah (lebih banyak dari manusia dengan skala 30:1!), helang keemasan, ikan paus, ikan lumba-lumba dan banyak lagi. Malah Lapangan Terbang Barra turut menjadi tarikan penting kerana ia merupakan satu-satunya lapangan terbang komersil di dunia di mana pesawat terbang hampir dengan pantai, lantas menyediakan tontonan mengasyikkan semasa kapal terbang berlepas mahupun mendarat.

10. Wakayama Prefecture, Jepun

Wilayah rantau ini letaknya bersebelahan dengan Osaka yang mana dirujuk oleh sesetengah orang sebagai ‘jantung penuh keagamaan’ di Jepun. Dengan lubuk pasaran ikan yang bersaing dengan pasar ikan Tsukiji terkenal Tokyo, pengunjung boleh menonton persembahan ‘tuna-cutting’ pada setiap hari dengan ikan tuna terbesar yang boleh didapati di negara ini. Lawati destinasi ini pada bulan Julai untuk Festival Kebakaran Nachi – acara 1,700 tahun dan dianggap sebagai salah satu perayaan paling suci di Jepun.

9 destinasi lain dalam senarai ini adalah:

11. Catskill Mountains and Hudson Valley, Amerika Syarikat

12. Santa Catarina State, Brazil

13. Batumi, Georgia

14. Winnipeg, Kanada

15. Pondicherry, India

16. Uzbekistan

17. Calabria, Itali

18. Andalusia, Sepanyol

19. Taiwan

Jadi, antara 19 destinasi di atas, yang mana paling menarik buat anda?

Sumber berdasarkan data Airbnb dan sumber lain.

Artikel Lain Untuk Di Baca