Ini Sebab Kenapa Watak Pekin Ibrahim Hanya Cakap Okey Dalam Filem Rock Oo!

Aktor ternama tanah air iaitu Pekin Ibrahim berkongsi sebab kenapa wataknya dalam filem Rock Oo! iaitu Wan Sulaiman Haji Tapah ataupun lebih dikenali sebagai Slash hanya menyebut perkataan okey sahaja dalam setiap adegannya.

Menerusi temu bual bersama saluran YouTube Raksasa Manja, Pekin berkata Allahyarham Mamat Khalid ialah seorang pengarah yang memang random dan bijak.

Menurut Pekin lagi, Mamat Khalid mengubah banyak perkara ketika saat-saat akhir demi ‘menghidupkan’ lagi setiap watak dalam karyanya.

Dalam filem Rock Oo! itu sendiri, Pekin menjelaskan watak Slash pada mulanya mempunyai dialog dan dia banyak bercakap.

Sumber: The Patriots

Walau bagaimanapun, Mamat membuat perubahan di saat akhir dengan meminta Pekin menyebut okey sahaja dalam setiap adegannya.

“Aku dekat set aku okey kan sahaja semua. Bila aku dah okey banyak sangat, tiba-tiba Mamat Khalid termenung dan dia panggil aku.

Slash! Abang, abang, abang potong semua dialog kau. Dialog abang bagi kau jangan cakap. 

Jijo (Khir Rahman) cakap apa, kau okey kan sahaja. Tak payah dialog sebab dia kata perkataan okey tu dah cukup kuat,” cerita Pekin.

Pekin turut berkata pengalaman bekerja dengan Mamat Khalid memang sangat menyeronokkan kerana pelakon sendiri tidak boleh jangka apa yang bermain di dalam kepala pengarah itu.

Sebagai contoh, nama Pekin dalam filem Rock Oo! sepatutnya Sulaiman tetapi ia telah diubah kepada Slash selepas Pekin menggayakan persalinan seperti gitaris legenda Guns N’ Roses ketika di set penggambaran.

Sumber: Instagram @pekin7words

“Ada satu malam sebelum kami mula shoot, kami kena pakai baju yang kami beli untuk present kepada dia.

Bila dia tengok aku, dia macam fuh Slash! Jadi selepas tu dekat set dia panggil Slash saja dan terus melekat nama tu sampai ke dalam filem,” jelasnya.

Ketika ditanya sekiranya ada pengarah yang dapat menggantikan Mamat Khalid, Pekin berkata anak pengarah filem tersohor tanah air itu iaitu Amen Khalid mungkin boleh jadi pengganti di masa akan datang.

“Amen ni 90% ada touch dia sebab muzik yang arwah dengar Amen dah dengar dari kecil.

Amen ni ada originality dia. Amen ada ‘benda’ dia,” tambah Pekin.

Anda boleh tonton video penuh temu bual Pekin di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca