Ini Sebab Kenapa Tulisan Doktor Macam ‘Cakar Ayam’

Pasti ramai yang setuju jika kami mengatakan tulisan insan bernama doktor ini memang persis cakar ayam dan sangat sukar difahami. Dalam erti kata lain, hanya mereka sahaja yang tahu apa yang ditulisnya.

Jika diteliti, apa yang ditulis di atas kertas bukanlah sekadar satu contengan biasa tetapi ia merupakan satu tulisan preskripsi ubat yang membawa maksud tertentu. Persoalannya, apa yang membuatkan tulisan para doktor menjadi cakar ayam?

Menurut seorang pakar perubatan ParaDocs Worldwide, adalah menjadi tugas doktor untuk mencatatkan semua perkara berkaitan pesakit untuk direkodkan sebagai sejarah perubatan.

Dalam sehari, terdapat ramai pesakit yang perlu dirawat. Ini sekali gus memaksa mereka untuk melakukan setiap perkara dengan pantas termasuklah menulis. Tidak hairanlah mengapa majoriti doktor kelihatan tergesa-gesa semasa menulis.

Otot-otot kecil pada tangan mereka yang terlalu banyak bekerja menjadikan alasan mengapa tulisan doktor sedemikian rupa.

Selain itu, terdapat banyak istilah perubatan yang sukar ditulis kerana ia terlalu panjang. Sebab itulah ada doktor yang lebih suka menggunakan simbol tertentu bagi menggantikan istilah penuh sesuatu perkara.

Walau bagaimanapun, meskipun tulisan mereka cakar ayam, para doktor sebenarnya sangat berhati-hati dalam menulis laporan atau preskripsi kerana kesalahan kecil dapat memberikan impak yang besar kepada nyawa pesakit.

Sebagai contoh, untuk singkatan ‘mg’ atau ‘mcg’, selalunya doktor akan menulis dengan perkataan penuh iaitu miligram atau mikrogram.

Menurut sumber, terdapat lebih 7,000 orang pesakit meninggal dunia pada tahun 2006 kerana menerima ubat yang salah dan puncanya adalah tulisan doktor yang sukar difahami.

Disebabkan itu, kebanyakan hospital dan klinik pada hari ini memilih untuk menggunakan alatan elektronik seperti komputer bagi mencatat semua perkara berkenaan pesakit bagi mengelakkan salah faham pada tulisan.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca