Ini Sebab Kenapa Pelitup Muka Dengan Injap Pernafasan Tidak Sesuai Untuk Cegah COVID-19

Peningkatan dalam jumlah kes jangkitan COVID-19 di Malaysia sekali gus membimbangkan ramai pihak. Dalam usaha untuk mengekang pertambahan kluster baharu dan peningkatan kes wabak yang setakat ini telah meragut 125 nyawa di negara kita, pihak kerajaan kini mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam yang sesak dan semua pengangkutan awam bermula 1 Ogos lalu.

Pemilihan jenis pelitup muka memainkan peranan yang sangat penting kerana tidak semua mampu mencegah diri kita daripada terkena jangkitan COVID-19. Salah satu daripadanya adalah pelitup muka yang dilengkapi dengan injap pernafasan.

Sumber: ERA

Untuk makluman semua, meskipun pelitup muka dengan injap pernafasan ini kelihatan seakan sama dengan pelitup muka biasa, ia bagaimanapun tidak sesuai untuk digunakan dalam usaha mencegah penularan wabak COVID-19 yang melanda negara ketika ini.

Sumber: ERA

Hal ini demikian kerana pelitup muka jenis ini adalah untuk kegunaan dalam industri di mana udara yang dihembus keluar oleh si pemakai sama sekali tidak ditapis berbanding dengan pelitup muka tiga lapisan yang disarankan oleh agensi-agensi kesihatan.

Penting untuk kita ingatkan diri sendiri bahawa penggunaan pelitup muka semasa pandemik COVID-19 ini adalah bertujuan untuk melindungi diri sendiri dan juga orang awam daripada dijangkiti. Jadi, pastikan anda buat pilihan pelitup muka yang betul. Sama-sama kita jaga kita.

Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan pelitup muka dalam mencegah penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca