Ini Sebab Kenapa Neelofa Dan PU Riz Ke Langkawi

Sekiranya majlis perkahwinan selebriti terkenal Neelofa bersama PU Riz pada Sabtu lalu tular kerana didakwa tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan sekali gus menjadi siasatan pihak polis, pasangan ini sekali lagi mencuri perhatian apabila disahkan berada di Langkawi.

Sumber: Instagram @neelofa

Apa yang menimbulkan persoalan di sini adalah bagaimana pasangan tersebut berpeluang untuk merentas khususnya dari negeri berstatus Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Langkawi yang kini berada dalam status Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Walau bagaimanapun, semua persoalan itu terjawab pada malam semalam selepas Neelofa dan PU Riz disahkan berada di Langkawi atas urusan kerja.

Chatime Malaysia iaitu francais rangkaian minuman bubble tea yang dikenali ramai ini memuat naik sebuah kenyataan rasmi di laman media sosial mereka menjelaskan bahawa pasangan ini sebenarnya berada di Langkawi atas pembukaan cawangan baharu.

Sumber: Oh Bulan!

Selain Langkawi, mereka akan membuat lawatan ke Sungai Petani dan Kangar bagi pembukaan cawangan-cawangan baharu Chatime di Zon Utara.

Namun, siasatan orang ramai mendapati pihak Chatime tidak menyenaraikan tiga lokasi yang disebutkan dalam kenyataan tersebut iaitu Langkawi, Sungai Petani dan Kangar sebagai cawangan baharu yang bakal dibuka di laman sesawang rasmi mereka.

Ia turut disahkan oleh Neelofa menerusi sebuah hantaran di Instagram story miliknya.

Sumber: Twitter

Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet amat bengang dengan tindakan tersebut:

Dalam pada itu, pihak polis turut mengesahkan telah memberi kebenaran kepada Neelofa, PU Riz dan beberapa individu lain yang merupakan wakil syarikat terlibat untuk ke Langkawi atas urusan kerja. Apa pendapat anda?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca