Ini Sebab Kenapa JAC.KL Perancang Kewangan Dan Perlindungan Terbaik Buat Anda

Sebut sahaja perkataan ‘insurans’, sesetengah individu terutamanya golongan muda akan terus berasa jengkel kerana mereka beranggapan bahawa ia merupakan satu bentuk pembaziran. Majoriti anak muda pada hari ini lebih menumpukan perhatian mereka terhadap perkara lain seperti telefon pintar, kereta, langganan servis hiburan dan lain-lain.

Ramai yang berasakan mereka tidak memerlukan insurans kerana masing-masing mempunyai kesihatan yang baik. Memang tidak dinafikan, jarang sekali kita dengar orang muda diserang penyakit kronik. Selalunya, orang yang berusia lebih berisiko untuk menghidap penyakit kronik. Tetapi, ini tidak bermakna golongan muda langsung tiada risiko untuk jatuh sakit di hari muda.

Tidak kiralah apa penyakit sekali pun, rawatannya pasti memerlukan wang. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan semua benda di dunia ini memerlukan wang. Kebiasaannya, lagi kronik sesuatu penyakit itu, maka lagi tinggi kos rawatannya. Di sinilah pentingnya seseorang itu untuk mendapatkan perlindungan insurans.

JAC.KL perancang kewangan dan perlindungan terbaik buat anda

Sumber: Facebook JAC.KL

JAC.KL merupakan sebuah agensi insurans di Subang Jaya, Selangor yang menyediakan khidmat nasihat dan solusi kewangan yang merangkumi pelan pendidikan, perubatan, penggantian pendapatan, legasi serta persaraan. Agensi ini berinspirasikan kumpulan usahawan insurans dan Takaful bagi merealisasikan kehidupan seseorang individu dengan nilai ekonomi serta taraf hidup optimum. JAC.KL akan membantu anda merancang kewangan dalam meningkatkan ‘human economic value’  dan mencapai ‘peace of mind’ .

Di Malaysia, terdapat berpuluh ribu ejen dalam industri insurans dan Takaful. Pemilihan ejen untuk menguruskan perlindungan insurans anda merupakan satu perkara yang sangat penting kerana tidak dinafikan, ada sesetengah ejen yang matlamatnya hanya untuk ‘menjual’ semata-mata tanpa mengambil kira apa yang pelanggan betul-betul perlukan.

Salah satu perkara yang perlu diambil kira semasa pemilihan ejen adalah tempoh mereka berada dalam industri ini. Lagi lama mereka berada dan bertahan dalam industri insurans dan Takaful ini, maka pasti mereka jauh lebih berpengalaman untuk memastikan anda dapat perlindungan yang terbaik.

JAC.KL sudah teguh berdiri di dalam industri ini selama lapan tahun. Pengalaman yang mereka ada sekali gus menjadikan mereka berintegriti tinggi dan mampu memberi panduan yang terbaik buat para pelanggan dalam mendapatkan perlindungan insurans dan Takaful untuk diri masing-masing.

Sebarang pertanyaan berkenaan insurans dan Takaful atau apa-apa jenis perlindungan boleh dibuat menerusi WhatsApp ke talian 013-3383699.

Peluang bina kerjaya bersama JAC.KL

Sumber: Facebook JAC.KL

Pada masa yang sama, JAC.KL juga ada menawarkan peluang bisnes kepada warga milenium yang bercita-cita tinggi dan rajin berusaha. Berikut adalah kelayakan yang diperlukan untuk anda menjadi sebahagian daripada JAC.KL:

1. Diploma/Ijazah (Pemasaran, Perniagaan, Sukan, Akaun, Kejuruteraan, Sumber Manusia dan sebagainya)

2. Berumur 23-40 tahun

3. Warganegara Malaysia

4. Tiada rekod senarai hitam/bankrup

5. Boleh bertutur dalam bahasa Inggeris

6. Keutamaan kepada mereka yang mempunyai kenderaan sendiri

7. Berdaya saing tinggi

8. Rajin berusaha

Jika anda berminat untuk mengejar impian dan mengubah kehidupan dengan JAC.KL, anda boleh hubungi talian ini. Untuk maklumat lanjut tentang JAC.KL, anda boleh pergi ke laman Facebook mereka.

Artikel Lain Untuk Di Baca