Ini Sebab Kenapa Dolla Tidak Nyanyi Lagu Sendiri Di ABPBH

Dolla bukan satu nama yang asing lagi dalam industri hiburan tempatan. Selepas kerap dibandingkan dengan BlackPink, Dolla yang turut dibarisi oleh empat anggota berkenaan bagaimanapun menafikan dakwaan mereka meniru konsep kumpulan ikonik K-Pop berkenaan.

Kegembiraan peminat dan penonton untuk menyaksikan persembahan Dolla di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 (ABPBH) jadi sedikit terbantut apabila Dolla tidak persembahkan lagu sendiri di pentas majlis anugerah yang penuh berprestij itu tetapi sebaliknya cover lagu BlackPink.

Dalam pada itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet berkongsi kekecewaan apabila melihat Dolla mempersembahkan lagu Lovesick Girls dan bukannya lagu sendiri:

Namun, ada juga yang membandingkan kedua-dua kumpulan berkenaan dan turut berkata bahawa Dolla hanya menggunakan BlackPink untuk meraih populariti:

Menurut salah seorang ahli kumpulan Dolla iaitu Syasya, pihak penganjur telah menetapkan tema untuk majlis anugerah tersebut iaitu cover song. Dolla pada awalnya mahu mempersembahkan lagu sendiri tetapi mereka bagaimanapun harus akur dengan permintaan penganjur.

Oleh itu, Syasya memohon maaf kerana telah mengecewakan para peminat apabila tidak membawakan lagu mereka sendiri menerusi Instagram Live di akaun peribadinya.

“Saya tahu peminat sedih sebab kami tidak bawa lagu Impikan. Saya minta maaf kepada semua tetapi kami sudah cuba. Walau bagaimanapun, tema pada malam itu ialah cover song,” jelas Syasya.

Semoga penjelasan daripada Syasya ini diharapkan boleh meredakan kemarahan atau rasa tidak puas hati orang ramai berkenaan isu tersebut.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca