Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Baca ‘The Color Of Regret’

Pernah baca novel bertajuk The Color of Regret tulisan Ashikin M, Henny Simamora dan Yoanna Dianika? Buat anda yang masih ragu-ragu, kami kongsikan sinopsis novel terbitan Elefante Publisher yang telah berjaya memenangi hati ramai pembaca dari negara seberang menerusi artikel ini:

Sinopsis The Color of Regret

Sumber: Instagram @noveladdict_

i. Karen (Ditulis oleh Henny Simamora)

“Luka masa lalu membuatkan hatinya beku. Baginya, cinta dan benci itu kelabu. Dendamlah yang selama ini membantu dirinya bertahan. Namun, adakah ia benar perasaan marah dapat menyelesaikan segala-galanya?”

ii. Kejora (Ditulis oleh Ashikin M)

“Masa lampau sungguh manis baginya dan juga menjeratnya. Batas antara kenangan dan realiti begitu tipis sampai ia bertanya-tanya bagaimana cara melaluinya tanpa penyesalan?”

iii. Magnolia (Ditulis oleh Yoanna Dianika)

“Kehilangan pegangan hidup tetak menyakitinya. Adakah ia benar masih ada kebaikan di dunia ini? Kenapa harapan selalu tidak seiring dengan realiti?”

The Color of Regret mengisahkan tiga orang wanita dengan luka masa lampau berbeza dan rahsia-rahsia yang berterbangan bersama kupu-kupu merah darah kedai barang kemas Eden Bijou.

Eden Bijou ialah sebuah kedai menjual barang-barang kemas yang boleh memenuhi semua permintaan individu berkenaan. Namun, tidak ada benda yang percuma di dunia ini.

Sumber: Instagram @rahmatulmaulidar

Harga yang perlu dibayar adalah setimpal dengan permintaan yang akan dikabulkan dan ia bukan satu perkara yang mudah. Anda perlu baca The Color of Regret kerana ia merupakan kerjasama antara penulis Malaysia dan Indonesia. Jadi, novel ini ada dua versi iaitu Malaysia dan Indonesia.

Walaupun novel ini mengangkat tema move on, ia merupakan sebuah karya yang anti arus perdana. Apa-apa pun, anda yang kurang meminati novel klise pasti akan jatuh hati dengan The Color of Regret pada bacaan pertama.

Sumber: Instagram @kingkongbuku

Sementara itu, tinjauan kami di laman Instagram mendapati rata-rata pembaca amat berpuas hati dengan jalan cerita novel berkenaan:

Di mana saya boleh dapatkan The Color of Regret?

Anda boleh dapatkan novel ini secara dalam talian dengan beli dari Shopee Terbitan Langit ataupun Kedai Fixi yang terletak di Sunway Putra Mall.

Profil penulis The Color of Regret

1. Ashikin M (Malaysia)

Terkenal dalam kalangan pembaca dengan novel-novel beliau seperti Si Romantik Yang Sudah Mati, Pabila Pesawat Bertemu Bulan, Mimpi-Mimpi Nomad and SUNSET1989, Ashikin M bukan satu nama yang asing lagi kepada orang ramai.

Ashikin juga telah berkongsi perspektif peribadi tentang manusia, detik-detik, sains, falsafah dan masa dalam sembilan buku fiksyen yang telah diterbitkan oleh Laras 99, Roman Buku, Rabak Lit dan Terbitan Langit di Malaysia.

Anda boleh kenali Ashikin dengan lebih lanjut di laman Instagram dan Goodreads.

Instagram: @ashmhydn/@ashikinm

Goodreads: https://www.goodreads.com/author/show/14820026.Ashikin_M_

2. Henny Simamora (Indonesia)

Kini merupakan pengasas dan pemilik Elefante Publisher, Henny memulakan kerjayanya sebagai seorang penulis dengan novel Boa Tarde, Senhor! pada tahun 2018. Novel kedua Henny iaitu Kesempatan Kedua: Jangan Percaya Cinta Dari Laki-Laki Beristri diterbitkan pada tahun yang sama.

Satu tahun kemudian, novel ketiga Henny iaitu Boa Noite, Amor! menemui para pembaca. Pada tahun 2021, novel keempat Henny yang ditulis bersama penulis dari Indonesia dan Malaysia iaitu The Color of Regret telah berada di pasaran sejak bulan April lagi.

Facebook: Henny Simamora

Fanpage: Henny Simamora

Instagram: @simamorahenny

Website: www.elefantebisnis.com

3. Yoanna Dianika (Indonesia)

Sumber: Instagram @cerberus404

Yoana Dianika telah menulis novel romantik dan seram untuk Gagas Media, Bukune Publisher, Bentang Pustaka, Grasindo dan Tiga Serangkai Publisher.

Yoana memulakan kerjayanya dengan menulis novel sains fiksyen dan fantasi. Novel pertama Yoana iaitu E+ (It’s About the Blood) adalah sebuah karya fantasi. Novel kedua ialah sebuah karya sains fiksyen iaitu Projek 404 telah diterbitkan satu tahun kemudian.

Novel Yoanna juga pernah diadaptasi menjadi beberapa buah filem iaitu Takut: Tujuh Hari Bersama Setan dan The Chocolate Chance.

Antara novel romantik yang pernah ditulis Yoanna ialah Till We Meet Again (2011), Soba Ni Iru Yo (2012), Rain Has a Story about Us (2012), Truth Or Dare: Summer Memories (2012), Last Minute in Manhattan (2012), First Look (2013), The Chocolate Chance (2013), Cooking With You (2014), Lovely High School (2015), I Need You: I Just Can’t Show You (2015), Memory 4 Seasons (2020) dan The Color of Regret (2021).

Instagram: @cerberus404

Adakah anda sudah mendapatkan novel ini?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca