Ini Sebab Kenapa Ambil Gambar Beramai-Ramai Buatkan Anda Kelihatan Lebih Menarik

Tahukah anda bahawa dengan mengambil gambar secara beramai-ramai dapat buatkan anda kelihatan lebih menarik berbanding mengambil gambar secara bersendirian.

Syaratnya, kata pakar, orang yang berada di dalam gambar mestilah sama ada, sama menarik atau kurang menarik daripada anda.

Terang pakar, hal ini terjadi kerana psikologi manusia itu sendiri di mana dalam menilai anda, mereka berubah daripada penilaian dalaman (internal evaluation) kepada penilaian luaran (external evaluation).

Penilaian dalaman ialah apabila mereka menggunakan pengetahuan atau maklumat yang lepas yang mana sudah ada di dalam mereka, untuk menilai rupa paras daya tarikan anda.

Jadi apabila seseorang melihat gambar anda secara sendiri, impresi pertama mereka akan dibentuk oleh pengetahuan dan kepercayaan mereka yang lepas mengenai daya tarikan.

Gambar oleh: Erik Mclean

Namun berbeza pula apabila anda bergambar secara beramai-ramai.

Seseorang, apabila melihat gambar anda, akan mengubah penilaian mereka kepada penilaian luaran di mana mereka akan cenderung menggunakan wajah-wajah lain yang ada di dalam gambar untuk menjadi rujukan dalam membuat penilaian terhadap daya tarikan anda.

Dengan kata lain, dengan bergambar bersama orang lain anda akan kelihatan lebih menarik di mata mereka, kerana mereka akan membandingkan anda dengan orang-orang yang turut berada dalam gambar tersebut.

Sebab itu, kata pakar, syarat untuk anda kelihatan lebih menarik ialah orang yang di dalam gambar itu mestilah sama menarik dengan anda ataupun kurang menarik. Antara benda utama seperti, ketinggian, kecantikan wajah, pemakaian dan bentuk fizikal tubuh.

Group of people taking selfie at rooftop party Free Photo
Sumber: Freepik

Kesan psikologi ini bukanlah suatu hal yang baru sebenarnya. Kesan ini sudah lama dibahas dan dibincang dalam psikologi berkenaan tingkah laku pengguna.

Dalam dunia pemasaran, kesan ini sudah lama digunakan pemasar dalam memasarkan produk mereka kepada pengguna.

Sebab itu anda akan lihat, ada sesetengah produk akan diasingkan dan diletak sendiri. Manakala anda sesetengahnya diletakkan bersama. Semuanya adalah untuk membuatkan produk tersebut kelihatan lebih menarik di mata anda.

Ada sesetengah produk akan mendapat faedah apabila ia diasingkan dan sesetengahnya lagi mendapat faedah apabila ia diletakkan bersama produk lain agar pengguna akan membuat penilaian berdasarkan hal tersebut.

Akhir kata, ada tiga perkara kita boleh pelajari di sini. Pertama, anda akan kelihatan lebih menarik di dalam gambar apabila orang yang bersama itu sama menarik atau kurang menarik daripada anda.

Dua, kadang-kadang untuk membuat penilaian yang lagi mantap, lebih baik untuk asingkan sesuatu benda itu terlebih dahulu dan gunakan pengetahuan anda.

Tiga, mungkin sekarang anda tahu sebab kenapa ada kawan anda yang suka ambil gambar bersama anda.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca