Ini Sebab Kenapa Aeril Zafrel Padam Komen Peminat Di Laman Instagram

Aktor ternama tanah air, Aeril Zafrel menyenaraikan lima sebab kenapa dia memadam komen daripada seorang peminat yang meluahkan perasaan tentang drama tempatan di laman Instagram beliau.

Ia bukanlah satu rahsia bahawa kebanyakan drama tempatan yang menghiasi kaca televisyen ini mengangkat tema cinta, fantasi dan kehidupan orang berada dalam karya mereka.

Atas sebab itu, ia turut menyebabkan penonton mula menjadi bosan dengan drama tempatan sehingga mereka menjadikan ruang komen di Instagram Aeril sebagai sebuah medan untuk meluahkan perasaan.

Sumber: Instagram @izzueislam

“Kenapa padam komen saya, Aeril? Tak betul ke komen saya tu? Saya menjawab soalan sahaja. Tahap cerita Melayu ini tidak habis-habis dengan perkahwinan, projek juta-juta, Datuk sana dan Tan Sri sini.

Saya menulis komen tersebut bukannya suruh puaskan hati semua orang tetapi cuba perbaiki mutu drama tempatan. Barulah boleh tarik minat orang untuk menonton drama tersebut. Tolong beritahu pengarah sana,” ujar individu tersebut.

Tidak mahu berdiam diri, Aeril menjelaskan sebab kenapa dia memadam komen tersebut. Pelakon Cari Aku Di Syurga ini berkata bahawa individu berkenaan tidak seharusnya menghukum sesebuah karya sebelum menontonnya secara keseluruhan.

Sumber: Instagram @aeril_zafrel

“Ketidaksabaran anda untuk mengikut alur cerita ini kerana persepsi awal telah menguasai diri. Ia jelas terlihat anda bukan jenis mahu menikmati storytelling orang lain yang mungkin tidak sama dengan cara kamu berfikir.

Dalam hidup, kita tidak boleh rasa diri sentiasa benar. Anda kena sudi ‘pinjamkan’ telinga, mata dan hati untuk kisah orang lain juga supaya dapat ibrahnya (pengajaran),” jelas Aeril.

Sumber: Instagram @aeril_zafrel

Pelakon Jibril itu turut berkata bahawa semua stesen penyiaran mempunyai slot tayangan berbeza untuk pelbagai genre program supaya ia dapat memberikan variasi kepada masyarakat.

“Jadi, kamu boleh memilih program tersebut ikut selera sendiri bukannya memiliki sifat mahu orang lain jadi atau ikut taste anda,” tambahnya.

Sebagai seorang penonton, adakah anda turut bersetuju dengan komen tersebut atau sebaliknya? Anda boleh baca komen penuh di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan Aeril Zafrel, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca