“Ini Saya Dapat Kerana Jadi Ibu Yang Baik”, Video Barang Solek Dirosakkan Anak Viral Di TikTok

Pengguna TikTok memberikan pelbagai respon setelah menonton video yang dimuat naik oleh seorang ibu yang juga merupakan jurusolek di mana ia memaparkan kesan kotoran berwarna hijau, kuning dan merah jambu di atas permaidani serta sinki yang penuh dengan alat solek yang telah rosak.

Jaylynn Butler yang menangis melihatkan ‘kemusnahan’ yang berlaku itu berkata, “Inilah yang saya dapat kerana menjadi ibu yang baik. Saya seorang jurusolek, jadi ya, saya berasa sedikit bingung melihat wang hasil kerja keras saya di sinki.”

@jaybeamua

This is what I get for being nice mommy. I’m a makeup artist so yeah I was a little distraught see my hard earned money in the sink..#Welcome2021 #fyp

♬ Cry Baby (feat. DaBaby) – Megan Thee Stallion

Anak-anaknya bukan sahaja telah merosakkan barang dan alat solek tetapi juga menyebabkan keadaan rumah menjadi seperti tongkang pecah dengan menuangkan losyen, bahan solekan dan cat kuku ke seluruh sinki dan meja serta menggosok pembayang mata berwarna ke atas karpet.

Jaylynn bagaimanapun agak bernasib baik apabila terdapat beberapa produk dan peralatan di dalam bekas simpanannya tidak rosak, namun turut terpalit dengan kotoran sisa-sisa barang yang telah musnah.

Dia turut merakam dirinya sendiri yang sedang membuang semua peralatan yang sudah hancur ke dalam tong sampah dan kemudiannya memulakan kerja-kerja pembersihan. Jaylynn yang patah hati telah membuang segalanya daripada bulu mata palsu, pembayang mata, losyen hinggalah serbuk solekan ke dalam plastik sampah.

Dia menulis hantaran di TikTok dengan mengatakan, “ini bagaimana 2020 berakhir untuk saya, kau rasa?”

Dalam video kedua, Jaylynn menjelaskan lebih lanjut apa yang telah berlaku, sambil meneruskan kerja membersihkan kekotoran dan keadaan kucar-kacir di rumahnya itu.

@jaybeamua

I got the call right at midnight, 2020 said “real quick before I go…” Does anyone know how to get shadow out of carpet? #Welcome2021 #fyp #disaster

♬ original sound – Jaylynn Butler

“Semalam adalah malam tahun baru dan anak-anak saya sibuk gila ‘bekerja’. Semua barang solek dan penjagaan kulit saya berada dalam sinki, habis rosak. Ini sangat memilukan. Hati saya hancur sekarang.

Saya pernah dengar orang kata ‘jika anda tidak menghukum anak ketika mereka melakukan sesuatu yang salah, mereka tidak akan belajar apa yang betul.’ Sekarang saya faham maksud mereka.”

Jika anda berada di tempat Jaylynn, bagaimana pula reaksi dan perasaan anda?

Baca artikel lain yang berkaitan di pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca