Ini Rahsia Mengejutkan Di Sebalik Lukisan ‘Still Life With Bread And Eggs’

Walaupun Still Life with Bread and Eggs yang dilukis oleh Paul Cézanne kelihatan biasa, lukisan yang berusia kira-kira 160 tahun itu sebenarnya menyimpan sebuah rahsia yang tidak terungkap sehingga ke hari ini.

Ketika menjalankan pemeriksaan rutin untuk karya seni itu, Serena Urry iaitu Ketua Konservator Muzium Seni Cincinnati yang terletak di Ohio, Amerika Syarikat itu ternampak sesuatu yang ganjil dengan lukisan berkenaan.

Memetik laporan CNN, retakan kecil pada karya seni pelukis Perancis itu cuma tertumpu di dua kawasan tertentu sahaja dan ia turut mendedahkan kilatan kecil putih.

Sumber: CNN

Serena kemudiannya meminta sebuah syarikat perubatan tempatan membawa sebuah mesin x-ray mudah alih ke muzium berkenaan.

Seorang juruteknik kemudiannya mengimbas beberapa bahagian lukisan minyak itu.

Ketika Serena menggunakan Photoshop untuk menggabungkan beberapa gambar secara digital, dia melihat tompok putih.

“Saya cuba menyiasat apa sebenarnya cat putih itu, kemudian saya pusingkan lukisan itu 90 darjah.

Saya seorang diri pada waktu itu tetapi saya rasa saya menjerit wah dengan kuat,” ujarnya.

Sumber: CNN

Apabila imbasan diputar secara menegak, anda dapat melihat imej seorang lelaki.

Mata, garis rambut dan bahunya kelihatan seperti tompokan gelap.

Serena dan rakan-rakan sekerjanya bagaimanapun percaya figura dalam lukisan berkenaan ialah Paul.

“Saya percaya semua orang berpendapat ia adalah potret diri.

Figura itu bergaya dengan cara potret diri. Dalam erti kata lain, dia melihat kami tetapi badannya berpusing.

Sekiranya potret individu berbeza daripada dirinya, ia mungkin akan ada imej penuh di hadapan,” tambahnya.

Sejak membuat penemuan mengejutkan berkenaan pada bulan Mei lalu, Serena telah membersihkan lukisan itu dan menipiskan varnis pada permukaannya.

Lukisan itu akan kembali dipamerkan kepada orang ramai bersama imej sinar-X dari 20 Disember ini.

Pada pendapat anda, adakah Still Life with Bread and Eggs ini benar-benar potret diri Paul seperti yang didakwa?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca