Ini Penjelasan Ebit Lew Tentang Persoalan Dicetus Oleh Nadir Al-Nuri Dan Ariz Ramli

Baru-baru ini rakyat Malaysia telah didedahkan mengenai penjelasan terperinci daripada pihak Nadir Al-Nuri menerusi laman Telegram.

Susulan isu hangat melibatkan tiga individu utama iaitu Ebit Lew, Caprice (atau nama sebenarnya Ariz Ramli) dan Nadir, pelbagai respons dan tamparan hebat dapat dilihat di seluruh platform media sosial. Ada yang memberi reaksi secara positif dan ada juga yang membawa cacian berserta kecaman.

Oleh hal yang demikian, Ebit Lew mengumumkan bahawa beliau akan membuat live di Instagram untuk menyentuh perkara tersebut. Dalam rakaman penuh live yang dimuat naik di akaun Instagram beliau, Ebit Lew menjawab persoalan umum terhadap misi kemanusiaannya di Gaza.

Membawa duit Malaysia ke Gaza

Jelas Ebit Lew secara terbuka, “Saya pergi ke sana dengan duit sendiri. Tidak pernah buka satu tabung pun untuk ke Gaza.” Ayat ini diulangi beliau lebih daripada tiga kali bagi menegaskan kenyataan itu.

Hal ini berikutan isu wang berjumlah RM20 juta yang dipersoalkan kegunaannya. “Ramai maki-maki ingat saya bawa duit Malaysia ke sana,” kata beliau. “NGO yang collect duit termasuk Nadir. Duit RM20 juta ke mana? Tuan puan kena tanya dia (Nadir).”

Kenapa beli barang di Kaherah dan bukan di Gaza?

“Egypt Red Crescent (ERC) sahaja yang dibenarkan masuk. Negara-negara besar pun memang melalui Egypt Red Crescent.” Tambah Ebit Lew, lebih cepat dan senang menggunakan saluran ERC.

Barang-barang perubatan terutamanya dibeli dari ERC. “Mana ada rezeki, kita buat,” Ebit Lew jelaskan bahawa beliau turut membeli barangan di Gaza.

Kenapa biadab dalam layanan dengan wakil Malaysia?

“21 checkpoint, 21 jam, 12 kereta kebal.” Ebit Lew dan team diiring bersama kereta kebal dalam perjalanan 21 jam itu. Malah, “tidak sempat ke tandas pun,” ujar beliau lagi.

Ebit Lew juga maklumkan tiada niat untuk bertindak biadap kerana ketika itu beliau hanya memikirkan untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara Jamak dengan segera. “Saya cepat-cepat pergi solat dan terus ke hotel. Saya tak sempat nak perasan (Nadir).”

Luah Ebit Lew lagi, beliau hanya ingin menyelesaikan misi tersebut dan pulang ke Malaysia dengan segera. “Ini tempat perang, bukannya nak jalan-jalan.”

Kenapa susahkan NGO lain dengan pembayaran ratusan ribu?

Terdapat satu sahaja jalan untuk masuk ke Gaza, bagi mana-mana pihak sekalipun, iaitu melalui Mile of Smiles.

Ebit Lew juga menerangkan tentang dua kelulusan penting yang diperlukan untuk masuk ke Gaza iaitu:

  1. Kelulusan kerajaan negeri Mesir
  2. Kelulusan tentera

“Saya contact Mile of Smiles, perlu dibayar USD 10 ribu seorang.” Dalam mata wang Malaysia, ia bernilai RM400 ribu. Namun, proses tidak diluluskan kerana tiada kelulusan tentera. “Saya tak bayar ratusan ribu pun dekat Hala.”

Walau bagaimanapun, Ebit Lew bersyukur kerana akhirnya diberi rezeki masuk ke Gaza dengan bantuan Lucky Tour. “Dia minta RM10 ribu per head sahaja. Ini memang rezeki.”

Team beliau juga dibenarkan membawa masuk kereta sendiri. Malah, Lucky Tour turut akan cuba bantu NGO lain.

Ebit Lew simpulkan bahawa tiada jalan bawah tanah atau kaedah haram yang digunakan dalam misinya ke Gaza.

Pelbagai kata kesat, tuduhan dan makian yang diterima, namun Ebit Lew tetap memaafkan perbuatan tersebut. Beliau akui diri sebagai insan biasa dan melakukan ibadahnya kerana Allah SWT.

Baca artikel-artikel berkaitan di pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca