Ini Panduan Asas Untuk Ketua Keluarga Beli Sayur Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Hari demi hari, kes positif wabak COVID-19 di Malaysia semakin meningkat. Dalam mengekang virus ini daripada terus menular, salah satu inisiatif yang diambil kerajaan adalah dengan menguatkuasakan arahan pergerakan terhad termasuklah menetapkan hanya ketua keluarga yang dipilih sahaja dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Peraturan ini telah menerima pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia. Tinjauan kami di media sosial mendapati ramai wanita berkongsi kisah suami masing-masing yang panik apabila disuruh membeli barangan keperluan. Malah, ada yang pulang ke rumah dengan membawa barangan lain terutamanya apabila disuruh untuk membeli sayur. Brokoli yang dikirim tetapi apa yang dibeli ialah bunga kubis.

Bagi memudahkan ketua keluarga terutamanya kaum lelaki untuk membeli sayur sepanjang tempoh PKP ini, kami kongsikan 25 jenis sayur berserta gambar untuk dijadikan rujukan:

1. Kubis bulat

2. Bunga kubis

3. Kubis Cina

4. Brokoli

5. Timun

6. Timun Jepun

7. Labu

8. Labu air

9. Tauge

10. Bunga kantan

11. Lobak merah

12. Lobak putih

13. Lengkuas

14. Halia

15. Halia muda

16. Kunyit

17. Terung

18. Terung bulat

19. Kacang panjang

20. Sawi

21. Sawi pak choy

22. Kailan

23. Kangkung

24. Bayam Cina

25. Bayam merah

Diharapkan agar panduan asas ini sedikit sebanyak dapat membantu semua kaum lelaki yang diamanahkan isteri atau ibu untuk membeli sayur.

Untuk baca artikel lain berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca