Siapa sahaja yang tidak kenal dengan kumpulan Senario? Kumpulan ini sememangnya sangat sinonim dengan rakyat Malaysia terutamanya bagi mereka yang membesar sebagai remaja dan kanak-kanak di lewat 90-an dan awal tahun 2000.
Lagi-Lagi Senario yang diterbitkan pada tahun 2001 boleh dikatakan antara yang paling ‘melekat’ dengan kita semua walaupun kumpulan ini pernah muncul beberapa kali di layar perak dan mempunyai siri sitkom tersendiri.
Bagi yang masih keliru, Lagi-Lagi Senario ialah filem di mana perseteruan antara Azlee dan Mazlan berlaku ketika mereka menjalankan perniagaan warung roti canai.

Untuk pengetahuan anda, pengarah filem Lagi-Lagi Senario iaitu Aziz M. Osman akhirnya mendedahkan lokasi penggambaran sebenar kedua-dua warung yang didirikan bersebelahan ini menerusi satu ciapan di laman Twitter selepas 20 tahun.
cer teka kat mane? pic.twitter.com/gZTlH7gTRf
— عزيز م. عثمان (@AzizMOsman) October 30, 2020
Menerusi ciapan tersebut, Aziz turut memuat naik sekeping gambar yang memaparkan foto semasa kawasan warung roti canai itu yang pernah didirikan untuk penggambaran filem berkenaan.
Rupa-rupanya, bangunan yang diberikan petunjuk oleh Aziz ialah Sri Pentas milik kumpulan Media Prima yang terletak di Bandar Utama dekat Petaling Jaya.

Namun, apa yang paling menarik ialah anda sebenarnya boleh lihat bangunan berkenaan di belakang warung Azlee dan Mazlan dalam filem tersebut. Walaupun begitu, kedudukan sebenar warung tersebut tidak dapat dipastikan dari Sri Pentas kerana banyak pembangunan yang berlaku di kawasan sekitar selepas penggambaran filem berkenaan.
Menerusi tinjauan kami di laman Twitter, rata-rata warganet tidak dapat menyembunyikan perasaan terkejut mereka dengan pendedahan pengarah filem berkenaan:
Hahaha, siyesla kt Bandar Utama rupenye https://t.co/d2ZTgKfMnJ
— minredz™️ (@aminredz94) October 31, 2020
omg serious lah 😂 https://t.co/JEfiydqDQU
— fatinadawiyah 🇲🇾🇵🇸 (@fadaweeya) October 31, 2020
Adakah anda turut terkejut dengan pendedahan ini?
Untuk baca artikel-artikel berkaitan lokasi penggambaran, anda boleh klik pada pautan di bawah: