Ini Kompilasi Ucapan ‘Survivor’ Dan Keluarga Mangsa Tragedi Christchurch

Brenton Tarrant telah bersemuka dengan ahli keluarga mangsa dan individu yang terselamat daripada insiden serangan terhadap dua buah masjid di Christchurch buat kali pertama menerusi prosiding jatuh hukum kes berkenaan.

Kami akan kongsikan beberapa kenyataan impak mangsa (VIS) daripada individu terselamat dan ahli keluarga mangsa menerusi artikel ini:

1. Hari pertama prosiding perbicaraan

Maysoon Salama, ibu kepada Mohammad Atta Mohammed Elayyan berkata kepada tertuduh, “Kamu berikan diri sendiri hak untuk mengambil 51 nyawa yang tidak bersalah sedangkan satu-satunya jenayah mereka di mata kamu adalah menjadi seorang Muslim.

Kamu telah membuat semua orang yang berada di New Zealand takut dan membuat seluruh dunia sedih pada masa yang sama. Saya percaya seluruh dunia tidak akan maafkan kamu atas jenayah kamu terhadap kemanusiaan.”

2. Hari kedua prosiding perbicaraan

Kyron Gosse, anak saudara kepada Linda Armstrong memberitahu tertuduh, “Lelaki berkenaan (Tarrant) bukan sebahagian daripada kita. Walau bagaimanapun, ia tidak menghalang dia daripada mengambil nyawa kita.”

Noraini Abbas, ibu kepada Sayyad Milne turut berkata kepada tertuduh, “Kamu membuat keputusan untuk melakukan satu perkara yang keji dan terkutuk.

Walaupun begitu, tindakan pengecut kamu itu juga telah menyebabkan anak lelaki saya meninggalkan dunia ini dalam keadaan syahid.”

3. Hari ketiga prosiding perbicaraan

Abdul Aziz Wahabzadah berkata ‘pengecut’ terbabit telah keluar dari keretanya dengan memakai jaket kalis peluru, pakaian tentera dan helmet bersama kamera.

“Kamu patut ucapkan terima kasih kepada Allah SWT kerana berjaya terlepas daripada saya. You will never forget these two eyes you ran from,” tambahnya.

4. Luahan hati ahli keluarga mangsa insiden tembakan Christchurch

Janna Ezat iaitu ibu kepada Hussein Al-Umari berkata, “Saya membuat keputusan untuk maafkan kamu, Encik Tarrant. Saya tidak menyimpan perasaan benci dan dendam sama sekali.

Setiap tahun, saya akan terima bunga daripada Hussein sebagai hadiah hari lahir. Saya sebaliknya terima jenazah Hussein kali ini.”

5. Tarrant bersemuka dengan keluarga mangsa

Sara Qasem iaitu anak perempuan kepada Abdelfattah Qasem berkata, “Saya tidak pernah sangka keputusan ibu bapa saya untuk berpindah ke sebuah negara yang selamat dan boleh menjamin masa hadapan anak-anak mereka akan membawa kepada ini. Ia tidak sepatutnya berlaku.”

Ahad Nabi iaitu anak kepada Haji Daoud Nabi berkata, “Kamu cederakan bapa tetapi tidak pernah ambil dia daripada saya. Kamu sebaliknya telah membenarkan bapa pergi dalam keadaan syahid.

Saya tidak maafkan kamu. Kamu akan sedar bahawa kamu telah berada dalam neraka sepanjang menjalani hukuman penjara.”

Bagi yang masih keliru, Tarrant didakwa menggunakan senjata separa automatik untuk menembak jemaah yang berada di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac 2019. Perbuatannya itu turut disiarkan secara langsung di laman sosial Facebook.

Lelaki berusia 29 tahun ini dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol pada 27 Ogos lalu. Ia menjadikan dirinya individu pertama dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol di New Zealand.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan Christchurch, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca