Ini Kisah Di Sebalik Rumah Agam Dalam Muzik Video Siti Nurhaliza

Penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini mencuri perhatian ramai dengan lagu terbaharu beliau iaitu Siapa Tak Mahu selepas mencatatkan lebih daripada satu juta tontonan di YouTube semenjak ia dilancarkan pada 16 Oktober lalu.

Turut dibintangi oleh pelakon-pelakon pujaan ramai seperti Mira Filzah dan Hun Haqeem, para penonton pasti akan sedar dan mungkin juga terpegun dengan sebuah rumah agam mewah dalam muzik video tersebut.

Untuk pengetahuan anda, rumah agam tersebut sebenarnya berada di Jalan Tangsi dekat Kuala Lumpur. Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan perkara berkenaan dan turut berkongsi kisah di sebalik rumah agam tersebut menerusi satu hantaran di laman Facebook.

“Mesti semua orang telah menonton video muzik terbaharu Siti Nurhaliza, betul tak? Lokasi yang digunakan dalam video tersebut adalah Rumah Tangsi yang terletak di Lot 10 di Jalan Tangsi,” kongsi DBKL.

Rumah Tangsi telah diwartakan sebagai bangunan warisan pada tahun 2012

Sumber: The Vocket

Menurut DBKL, Rumah Tangsi yang terletak di Jalan Tangsi (Barrack Road) itu pernah dikenali sebagai Rumah Agam Loke Chow Kit pada suatu ketika dahulu dan ia telah dibina sejak 1903 lagi.

Oleh sebab faktor usia dan sejarahnya yang tersendiri, Jabatan Warisan Negara telah mengisytiharkan rumah agam berkenaan sebagai Bangunan Warisan pada 2012.

Pihak DBKL turut mengesahkan bahawa mereka telah menjalankan proses pemeliharaan dan pemuliharaan rumah agam tersebut sebagai satu usaha untuk mengekalkan bangunan-bangunan warisan di bandar raya Kuala Lumpur. Sudahkah anda menonton muzik video Siapa Tak Mahu? Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca