Ini Kisah Di Sebalik Meme Tular Lelaki Bermuka Garang Cekak Pinggang

Muhammad Sarim Akhtar mencuri perhatian orang ramai selepas reaksinya yang kecewa dengan seorang pemain kriket Pakistan yang melepaskan bola dengan senang semasa perlawanan menentang Australia dalam Piala Dunia Kriket menjadi tular di media sosial.

Riak wajah Sarim yang sedang marah apabila menonton perlawanan antara Pakistan dan Australia di Piala Dunia Kriket 2019 sambil mencekak pinggang itu telah mencuri perhatian orang ramai sehingga warganet menjadikan foto lelaki terbabit sebagai bahan lawak atau meme.

Untuk menjawab persoalan anda bagaimana lelaki berkenaan kini menjadi bahan meme, Sarim menceritakan semula kisah di sebalik foto berkenaan menerusi temu bualnya bersama International Cricket Council (ICC).

Beliau menggambarkan dirinya sebagai seorang pekerja pejabat yang bekerja dari jam 9 pagi sehingga 5 petang. Sarim ialah seorang juruaudit profesional dan menetap di London bersama isteri dan anak-anaknya.

Untuk dijadikan cerita, Sarim menyimpan perasaan ragu-ragu pada mulanya sama ada dia patut hadir ke perlawanan tersebut. Bagi Sarim, dia perlu habiskan masa terluangnya untuk kemas rumah kerana kerana dia baru sahaja berpindah dan membeli kereta baharu.

Sarim bagaimanapun bersetuju untuk menonton secara langsung apabila salah seorang sahabat baiknya memujuknya untuk menyertai mereka menonton perlawanan tersebut.

Sumber: Twitter Muhammad Sarim Akhtar

Namun, apa yang tidak diketahui oleh Sarim adalah pilihan tersebut akhirnya mengubah jalan hidupnya. Selepas perlawanan tersebut, satu dunia kini mengenali Sarim sebagai seorang lelaki memakai kemeja bercorak kotak-kotak yang mencekak pinggang dan berwajah garang.

Menerusi temu bual sama, Sarim tidak menyangka bahawa foto biasa dengan reaksi garangnya itu boleh menjadi buah mulut orang ramai dengan sangat cepat.

Tidak lama selepas itu, Sarim melihat ada beberapa orang sudah mula menggunakan gambarnya untuk dijadikan bahan meme. Tambahnya lagi, seorang pengacara bersama jurukamera muncul untuk menemu bual Sarim 30 ke 45 minit selepas itu.

“Sekiranya anda bertanya kepada ahli keluarga yang lain, mereka akan beritahu anda bahawa saya telah membawa riak wajah marah dari rumah ke stadium dan kini telah menjadi terkenal,” katanya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca