Betik adalah antara buah yang memang sedap atau enak dimakan terutamanya ketika sejuk. Buah yang amat kaya dengan vitamin C dan juga ia mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan anda. Ia juga boleh menjadi antara pilihan buah yang terbaik untuk dimasukkan ke dalam diet anda. Kalau orang dulu kala, mereka akan amalkan makan buah betik seminggu sekali. Sebab itulah pokok betik menjadi antara tanaman wajib di belakang rumah.
Berikut adalah merupakan beberapa manfaat yang terdapat di dalam betik untuk kesihatan anda:
1. Mengubati Tumit Yang Pecah
Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Ia adalah salah satu rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini. Caranya ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua, kemudian diambil getahnya dan sapu di bahagian tumit yang pecah.
2. Membantu Menurunkan Berat Badan
Mereka yang ingin menurunkan berat badan boleh mengamalkan makan buah betik pada setiap hari. Hal ini kerana, ia mempunyai kalori yang sangat rendah malah kandungan serat dalam daun betik juga mampu untuk membuat anda rasa kenyang. Selain itu, ia juga boleh membuat anda berasa mudah untuk membuang air besar.
3. Mengelakkan Tanda Penuaan
Tidak dinafikan, anda semua suka kelihatan kekal muda untuk selama-lamanya. Oleh itu, tabiat yang sihat seperti makan buah betik pada setiap hari akan memanjangkan proses itu dan ia juga boleh membuat anda kelihatan 5 tahun lebih muda daripada sepatutnya. Betik yang kaya dengan vitamin C akan membantu mengelakkan kulit anda daripada radikal bebas kedutan.
Caranya adalah hancurkan buah betik tersebut, kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah selama setengah jam sebelum membilasnya.
4. Membantu Melegakan Kesakitan Haid
Wanita yang mengalami kesakitan haid dan ingin mengurangkan rasa sakit yang melampau, anda boleh mencuba dengan makan buah betik tersebut kerana enzim yang dipanggil papain membantu dalam mengawal dan mengurangkan aliran darah dalam tempoh haid.
5. Mencegah Kanser
Betik adalah sumber yang kaya dengan antioksidan, fitonutrien dan flavonoid yang menghalang sel-sel anda daripada berlakunya kerosakan radikal bebas. Beberapa kajian juga telah dijalankan, beliau mendapati bahawa dengan mengamalkan makan buah betik ia akan mampu mengurungkan risiko kolon dan prosat kanser.
Di samping itu, pucuk betik juga ada manfaatnya, ia boleh dicelur untuk dijadikan ulam dan dimakan bersama sambal belacan. Meskipun, pucuk muda betik berasa pahit manakala buah muda betik jika dibuat halwa berasa masam-masam manis. Ia sangat sesuai untuk wanita di luar sana yang ingin kelihatan sihat dan cantik.
Sumber: IMPIANA