Ini Kesan Buruk Tabiat Duduk Silang Kaki Terhadap Kesihatan Anda

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan.

Setiap orang pernah duduk dalam keadaan kaki bersilang kerana ia memberi keselesaan kepada individu berkenaan. Walau bagaimanapun, ada juga yang masih tidak tahu akan kesan buruk tabiat tersebut terhadap kesihatan diri sendiri.

Dr. Joseph Yap, Pakar Perunding Ortopedik dan Trauma Pusat Perubatan Tropicana menjelaskan tabiat menyilangkan kaki ini boleh memberi tekanan pada anggota badan dan menyebabkan aliran darah menjadi tidak lancar.

Selain itu, satu kaki lebih tinggi daripada yang lagi satu boleh menyebabkan tekanan darah meningkat. Hal ini demikian kerana kedudukan kaki bersilang menghalang darah yang berada di kaki untuk dipam semula ke jantung.

Gambar di atas hanya sekadar hiasan

Seterusnya, tabiat menyilang kaki ini juga mengakibatkan tulang punggung dan betis berada dalam keadaan tidak sama tinggi. Ia boleh menyebabkan otot di antara tulang rusuk dan pelvis menjadi lebih pendek. Apabila perkara ini berlaku, ia akan mengakibatkan masalah tulang belakang.

Di samping itu, tabiat duduk dengan kaki bersilang secara kerap ini juga berpotensi menyebabkan individu itu mengalami varicose veins.

Penyakit ini dikenali dengan keadaan vena yang membengkak, berbelit dan mudah disentuh. Selain itu, ia juga disebabkan peningkatan tekanan pada urat di bahagian tubuh badan tertentu.

man and woman sitting on bench during daytime
Gambar di atas hanya sekadar hiasan

Selepas membaca artikel berkaitan kesan buruk tabiat ini terhadap kesihatan diri sendiri, ia masih belum terlambat untuk mengubah postur duduk anda.

Penulis:

  • Yusrina Yusra Ya’akob adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk baca lebih banyak artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca