Ini Kata-Kata Terakhir Diego Maradona Sebelum Beliau Meninggal Dunia

Baru-baru ini, orang ramai telah dikejutkan dengan berita pemergian bintang lagenda bola sepak dunia iaitu Diego Armando Maradona pada usia 60 tahun akibat serangan jantung.

Sumber: Instagram @maradona

Sebelum Maradona menghembuskan nafas terakhir di kediamannya dekat Buenos Aires pada 25 November lalu, beliau mengadu bahawa dirinya kurang sihat.

“Saya rasa kurang sihat,” ujarnya.

Selepas beliau beritahu keadaan kesihatannya kepada anak saudaranya Johnny Esposito, mendiang pun pergi semula ke bilik tidurnya sebaik sahaja selesai mengambil sarapan pagi.

Lionel Messi dan Diego Maradona. Sumber: Instagram @leomessi

Dalam pada itu, jururawat yang menjaga Maradona selepas beliau dibenarkan keluar hospital sebaik sahaja menjalani pembedahan otak segera menghubungi ambulans kerana dia panik dengan keadaan bekas pemain tengah dan pengurus pasukan Argentina tersebut.

Walau bagaimanapun, ia sudah terlambat kerana Maradona telah pergi buat selama-lamanya sebelum ambulans sempat tiba di kediamannya.

Sementara itu, kehebatan Maradona sepanjang kerjayanya sebagai seorang pemain bola sepak memang tidak dapat disangkal lagi. Beliau pernah diiktiraf sebagai salah seorang pemain terhebat dalam sejarah bola sepak dunia dan juga berjaya membawa kemenangan kepada Argentina pada Piala Dunia 1986.

Sumber: Twitter @Aslamkha47

Berikutan insiden ini, tinjauan kami di laman Twitter mendapati ramai peminat di seluruh dunia yang tampil menzahirkan rasa sedih mereka atas pemergian Maradona:

Seluruh Team Lejen Digital mengucapkan salam takziah kepada keluarga mendiang. Semoga seluruh keluarga dan juga peminat Maradona diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi dugaan ini.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca