Ini Identiti Sebenar Lelaki Dalam Video Pertama Di YouTube

Secara rasminya laman perkongsian video Youtube dilancarkan pada 14 Februari 2005, dan video pertama yang dimuat naik pula pada 24 April 2005.

Berbeza dengan video yang kreatif dan menarik seperti sekarang, video Me at the zoo yang berdurasi 18 saat itu hanya menunjukkan seorang lelaki bercerita tentang pengalaman beliau melawat zoo.

Identiti lelaki dalam video itu adalah Jawed Karim dan beliau bukan orang sebarangan. Jawed adalah salah seorang co-founder laman Youtube itu sendiri.

Semua pengasas di Youtube ini sebenarnya merupakan bekas pekerja Paypal, Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim telah bersama-sama mengasaskan Youtube pada tahun 2005.

Idea ini dikatakan bermula daripada insiden kontroversi persembahan Janet Jackson di Super Bowl 2004, Jawed berkata ketika itu sukar untuk mencari klip video berkenaan di Internet.

Maka, tercertuslah idea untuk menghasilkan sebuah platform untuk orang ramai berkongsi video mereka di satu tempat.

Berbanding Chad Hurley dan Steve Chen, Jawed kurang dikenali oleh orang ramai kerana beliau bukan salah seorang pekerja Youtube.

Beliau bersetuju untuk bertindak sebagai penasihat sahaja kerana mahu fokus dalam pengajian sains komputer di Universiti Standford.

Disebabkan itu, saham yang dipegang oleh beliau lebih rendah berbanding Chad dan Steve kerana peranan beliau yang lebih kecil di Youtube pada ketika itu.

Nasib mereka bertambah baik apabila Google membeli Youtube dengan nilai USD1.65 bilion dalam bentuk stok saham Google. Hal ini demikian kerana, syarikat itu dapat melihat potensi yang besar di masa akan datang.

Saham Jawed di Youtube bernilai RM272.7 juta selepas diambil alih oleh Google, ia lebih rendah berbanding yang lain namun nilai itu dianggap besar untuk seorang yang berusia 27 tahun ketika itu.

Meskipun tidak popular seperti Chad dan Steve, Jawed akan terus dikenali sebagai individu pertama yang muncul di Youtube. Menariknya, beliau berjanji akan muat naik video seterusnya sekiranya subscribers beliau mencecah 10 juta.

Ada beberapa lagi video lain yang dimuat naik oleh beliau, namun ia telah dipadam olehnya. Ketika ini, subscribers beliau hanya sekitar 900,000 sahaja.

Untuk membaca artikel lain berkaitan Youtube, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca