Ini Garis Panduan Yang Ibu Bapa Perlu Ikuti Untuk Hantar Anak Kembali Ke Sekolah

Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah bagi membolehkan pihak sekolah dan guru-guru membuat persediaan sewajarnya.

Garis panduan itu menyatakan perkara berkenaan pergerakan pelajar bermula daripada tibanya mereka di sekolah hingga mereka pulang.

Selain peranan sekolah dan guru, penglibatan ibu bapa dan penjaga juga turut digariskan supaya mereka dapat turut membantu pihak sekolah dalam menguruskan pelajar.

Berikut merupakan peranan ibu bapa:

1. Memastikan anak/anak jagaan berada dalam keadaan sihat, menjaga kebersihan diri dan tidak menunjukkan gejala awal COVID-19 sebelum hadir ke sekolah

2. Membantu anak/anak jagaan belajar mengikut kemampuan ibu bapa/penjaga

3. Memberikan motivasi kepada anak/anak jagaan untuk terus belajar

Untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman berhubung penularan COVID-19, ibu bapa dan penjaga disarankan:

a. Memberi kesedaran kepada anak/anak jagaan berkaitan penjarakan sosial sebelum, semasa dan selepas menaiki kenderaan

b. Menasihati anak/anak jagaan supaya tidak berjabat tangan (bersalaman) atau bersentuhan antara satu sama lain sama ada guru, rakan-rakan atau orang sekeliling

c. Menasihati anak/anak jagaan supaya sentiasa mengamalkan kebersihan sebelum dan selepas makan

d. Menggalakkan ibu bapa/penjaga sendiri yang menghantar dan mengambil anak/anak jagaan

e. Menyarankan ibu bapa/penjaga menyediakan makanan dan minuman dari rumah untuk anak/anak jagaan bagi mengurangkan pergerakan dan kesesakan di kantin

f. Memastikan anak/anak jagaan mengambil sarapan yang sesuai sebelum hadir ke sekolah

g. Menasihati anak/anak jagaan agar tidak berkongsi makanan dan minuman dengan murid lain

h. Menjaga kebersihan dan keselamatan anak/anak jagaan sebelum dan selepas pulang dari sekolah dengan kerap membasuh tangan dan mandi

Garis panduan tersebut dihasilkan secara terperinci bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Diharapkan garis panduan ini dapat dipatuhi oleh pihak yang berkenaan supaya sesi persekolahan yang bakal bermula kelak berjalan dengan baik dan lancar.

Untuk baca artikel lain berkenaan sekolah, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca