Ini Fungsi Di Sebalik 10 Barang Keperluan Harian Yang Ramai Tidak Tahu

Barang keperluan merupakan barang yang kita gunakan untuk menjalani kehidupan seharian. Kebanyakan memainkan peranan penting dalam membantu apa yang kita lakukan dan jarang sekali kita mengambil tahu tentang keistimewaan lain yang ada pada barang tersebut.

Berikut kami kongsikan fungsi di sebalik 10 barang keperluan harian yang ramai tidak tahu:

1. Cebisan kain pada pakaian baru

Pernahkah anda membeli pakaian baru dan terdapat cebisan kain dibahagian dalam baju? Fungsi cebisan kain ini adalah anda boleh membasuhnya terlebih dahulu untuk melihat warnanya akan berubah sebelum membasuh keseluruhan baju tersebut.

2. Lubang di tepi kasut Converse

Tujuan utama lubang di tepi kasut berjenama Converse ini adalah untuk pengudaraan.

3. Lubang pada pita ukur

Dengan adanya lubang ini, kerja mengukur akan menjadi lebih mudah dengan memaku atau menggunakan skru di lubang tersebut supaya lebih kemas.

4. Hujung bergerigi pada pita ukur

Fungsinya adalah untuk membuat tanda ketika mengukur.

5. Lubang pada pemegang periuk

Anda boleh meletakkan senduk di lubang ini ketika memasak.

6. Anak panah pada panel minyak kereta

Mungkin ramai sudah tahu fungsinya. Bagi yang tidak mengetahui, anak panah ini menunjukkan di sebelah sisi mana letaknya ruangan isian minyak.

7. Lubang di bawah kunci mangga

Lubang ini berfungsi sebagai ruang untuk air mengalir jika digunakan di kawasan terbuka dan ruang untuk pelinciran bagi memastikan kunci mangga ini sentiasa dalam keadaan yang baik.

8. Kancing pada seluar jeans

Kancing-kancing ini berfungsi untuk menguatkan jahitan yang mudah putus.

9. Kekunci F dan J


Tanda kecil yang terdapat pada huruf F dan J di papan kekunci komputer anda menandakan kedudukan ‘Home’ di mana jari-jari berehat di dalam posisi menaip yang betul.

10. Bintik kecil pada kamera Iphone

Ia sebenarnya adalah mikrofon jika anda menggunakan kamera di bahagian belakang.

Ramai tidak tahun keistimewaan sesuatu barangan. Ia sangat membantu aktiviti harian kita.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca