Ini Cara Warga Prague Ucap Selamat Tinggal Kepada COVID-19

Sebuah meja makan yang diatur sebaris di tengah-tengah laluan jambatan paling ikonik serta bersejarah di ibu negara Republik Czech iaitu Charles Bridge ini mencuri perhatian orang ramai.

Mana tidaknya, susunan meja panjang di atas Charles Bridge yang terkenal dalam kalangan pelancong asing dan diguna secara harian oleh penduduk Prague ini bukanlah suatu acara biasa.

Memetik laporan Reuters, para tetamu menjamu selera di bentangan putih tersebut untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pandemik COVID-19.

Menurut penganjur acara berkenaan iaitu Ondrej Kobza, “Jambatan ini ialah satu metafora yang bagus kerana orang daripada latar belakang berbeza dapat berkumpul. Ia merupakan suatu keraian untuk menunjukkan bahawa kami tidak lagi takut untuk bertemu dengan orang lain.”

Setiap tetamu yang menyertai acara makan malam itu digalakkan untuk berkongsi makanan dan minuman yang mereka bawa dengan individu lain.

Dalam pada itu, warga Prague ‘meraikan’ saat-saat istimewa ini sebagai lambang komitmen rakyat dalam membendung penularan COVID-19 walaupun seluruh dunia mengetahui bahawa vaksin masih lagi belum ditemui sehingga ke hari ini.

Semoga vaksin COVID-19 ini boleh ditemui dalam kadar segera. Orang ramai juga dinasihatkan untuk mematuhi arahan kerajaan dengan menjaga kesihatan dan kebersihan diri masing-masing sepanjang masa.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca