Ini Cara Untuk Anda Dapatkan Tiket SnoWalk Percuma Sempena Selangor Golden Triangle Showcase

Siapa antara anda yang tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke SnoWalk di I-City, Shah Alam atau nama barunya Selangor Golden Triangle?

Menariknya, inilah masanya untuk anda dapatkan satu tiket percuma merasai pengalaman salji di SnoWalk dengan hanya mengesahkan kehadiran ke Selangor Golden Triangle Showcase pada awal Oktober nanti.

SnoWalk

Selangor Golden Triangle Showcase

Selangor Golden Triangle Showcase bakal berlangsung selama empat hari di Central i-City iaitu dari 1 sehingga 4 Oktober.

Untuk pengetahuan anda, Selangor Golden Triangle bukan sekadar perubahan pada nama i-City tetapi ia turut menyaksikan perubahan 180 darjah terhadap kawasan pertumbuhan ekonomi di Shah Alam.

Dengan menghadiri acara tersebut, anda boleh menyaksikan sendiri bagaimana Selangor Golden Triangle menggabungkan elemen komersial, komuniti dan kebudayaan dalam pembangunan masa depan Shah Alam.

Aktiviti-aktiviti di Selangor Golden Triangle Showcase

Namun, apa yang paling menarik adalah acara ini turut menghimpunkan pelbagai jenama besar seperti BMW, DoubleTree dan Huawei serta lain-lain.

Dengan kemunculan jenama-jenama besar seperti yang disebutkan di atas, pengunjung akan disajikan dengan pelbagai aktiviti seperti pandu uji kenderaan dan ceramah industri.

Tidak berhenti di situ, anda boleh menemui Mr. Bean dan patung-patung lilin lain menerusi pameran istimewa Wax Museum.

Bagaimana untuk dapatkan tiket SnoWalk percuma?

Apa yang anda perlu lakukan ialah hadir ke Selangor Golden Triangle Showcase yang bakal berlangsung selama empat hari di Central i-City. Untuk mengesahkan kehadiran ke acara berkenaan, anda boleh klik pada pautan ini. Selepas mengesahkan kehadiran, anda akan menerima satu tiket SnoWalk percuma.

Untuk baca artikel berkaitan Selangor Golden Triangle, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca