Ini Cara Produksi Filem James Bond Untuk Elak Jalan Licin

Filem aksi risikan terkenal dari Britain iaitu James Bond kini mencipta sebuah lagi filem bagi edisi ke-15 iaitu No Time to Die. Pada waktu artikel ini ditulis, filem berkenaan masih dalam penggambaran dan sebuah pendedahan menarik telah dikongsi oleh pihak produksi sepanjang proses tersebut.

Ketua aksi lagak ngeri, Lee Morrison berkata bahawa pihak produksi filem No Time to Die menggunakan kira-kira 32,000 liter air Coca-Cola untuk mengurangkan kelicinan pada jalan berbatu di Itali. Kaedah ini juga digunakan khusus untuk menghasilkan aksi lagak ngeri motosikal James Bond.

Morrison mengesahkan bahawa dia telah membelanjakan kira-kira €60,000 (RM294,733) untuk menumpahkan minuman berkarbonat tersebut sekitar Matera.

Idea berkenaan telah diusulkan oleh pelakon utama filem berkenaan iaitu Daniel Craig di mana beliau menganggap bahawa langkah ini membolehkan pelakon penduanya iaitu Paul Edwards melompat menggunakan ramp setinggi 25 kaki pada kelajuan 60 batu sejam untuk merempuh dinding sebelum mendarat ke atas jalan raya yang berbatu.

Sumber: IndieWire

Craig juga pernah berkata sebelum ini bahawa dia menyokong keputusan pihak produksi untuk menunda penayangan filem berkenaan, “Panggung wayang di seluruh dunia ditutup ketika ini. Kami mahu menerbitkan filem berkenaan pada waktu sama di seluruh dunia tetapi waktu ini bukanlah yang terbaik. Kami berharap 2 April akan menjadi tarikh sesuai untuk ia ditayangkan.”

Dalam pada itu, No Time to Die dijangka bakal menemui para peminat pada bulan April tahun hadapan selepas tarikh penayangan filem berkenaan telah ditunda sebanyak dua kali kerana pandemik COVID-19.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca