Ini Cara Paling Mudah Untuk Betulkan Pandangan Cermin Sisi Kereta Anda

Membetul dan menetapkan cermin sisi kereta (side mirror) untuk mendapatkan pandangan terbaik ada kalanya boleh menjadi satu tugas yang sukar terutama bagi mereka yang masih baru di atas jalan raya.

Walaupun kedudukan cermin kereta boleh diubah mengikut keselesaan, namun sebenarnya terdapat cara yang betul untuk membetul dan menetapkan kedudukan cermin sisi tepi kereta anda.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok telah memuat naik video tentang beberapa langkah untuk mendapatkan pandangan yang terbaik dari cermin sisi anda.

Perkara pertama yang anda harus lakukan adalah menyelaraskan cermin sisi pada kedudukan yang sama dengan pintu.

Anda perlu pastikan pintu kereta anda kelihatan dan berada di bahagian bawah sebelah dalam paparan cermin. Perhatikan cermin sisi melalui gambar di bawah. Menurutnya, ia adalah kedudukan dan pandangan yang paling baik.

Langkah ini menurutnya boleh dilakukan untuk kedua-dua belah cermin sisi sama ada di bahagian kiri atau kanan.

Selain dapat memastikan pemandu mendapat pandangan cermin sisi yang terbaik, video berkenaan turut menjelaskan bahawa kedudukan itu mampu untuk memberi anggaran dengan jelas sekiranya pemandu ingin memotong kenderaan lain, menukar lorong ataupun memasuki simpang.

Perkara ini dapat dilakukan apabila pemandu membahagikan paparan cermin sisi kepada dua bahagian iaitu safe zone dan juga danger zone.

Gambar di atas menunjukkan bahawa anda berada dalam kedudukan yang selamat untuk memotong atau memasuki lorong sekiranya kereta dari arah belakang berada dalam garisan safe zone.

Manakala, jika kereta atau kenderaan yang datang daripada arah belakang berada di danger zone seperti gambar di atas, bermakna ia sudah berada terlalu hampir untuk anda menukar lorong atau pun memotong kenderaan di hadapan.

Gambar di atas menunjukkan dengan jelas bagaimana jika kenderaan yang datang dari arah belakang berada dalam kedudukan danger zone.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca