Ini Cara Mudah Dan Lumayan Buat Bisnes Dropship Pakaian Wanita 2021

Untuk anda yang sedang mencari cara mudah dan lumayan buat bisnes dropship pakaian wanita 2021, Jentayu Bravo adalah pilihan terbaik kerana ia menawarkan peluang kepada individu yang sedang mencari pendapatan sampingan dengan menyertai team dropship mereka.

Penularan pandemik COVID-19 telah meninggalkan kesan amat besar terhadap ekonomi. Oleh itu, kami percaya ramai di antara anda yang ingin membuat pendapatan sampingan untuk menampung perbelanjaan kehidupan seharian.

Sebelum ini, kami ada kongsikan tentang Koleksi Kurung Moden dan Kebaya Moden untuk Raya 2021 rekaan Jentayu Bravo.

Melalui artikel ini, kami akan kongsikan cara mudah untuk menjana pendapatan sampingan dengan menjual pakaian wanita 2021.

Jentayu Bravo merupakan busana wanita yang dimulakan sejak tahun 2013. Mendapat namanya daripada seekor burung jentayu yang dipercayai bersifat berdikari dan bravo pula berasal daripada bahasa Latin yang membawa simbol kejayaan yang disorak.

Membawakan konsep tidak mengalah menghadapi rintangan, pemilik Jentayu Bravo pada asalnya mula mengorak langkah ke dunia bisnes pakaian wanita dengan menjadi ejen dropship dan hasil kegigihannya membuatkan beliau berjaya membina jenama Jentayu Bravo hingga ke hari ini.

Dengan sambutan hangat yang diterima sejak penubuhan, Jentayu Bravo kini membuka peluang menjadi dropship kepada orang ramai untuk menjual koleksi pakaian wanita yang mereka hasilkan.

Kelebihan menjadi dropship Jentayu Bravo

1. Banyak pilihan rekaan dan koleksi

Jentayu Bravo mengeluarkan rekaan baharu setiap satu sehingga dua minggu. Ini bermakna anda akan disediakan dengan pelbagai macam rekaan pakaian wanita yang berpotensi untuk dijual.

Ini merupakan peluang besar untuk meraih sambutan dan membuat jualan memandangkan lebih banyak rekaan dihasilkan bermaksud lebih banyak potensi untuk ramai wanita di luar sana membuat pilihan mengikut cita rasa masing-masing.

2. Bahan pemasaran disediakan oleh pihak HQ

Apabila anda menjadi dropship Jentayu Bravo, anda tidak perlu risau lagi tentang bahan pemasaran untuk melakukan promosi. Pihak HQ ada menyediakan anda semua kelengkapan pemasaran dalam bentuk poster serta ayat jualan.

Anda hanya perlu kongsikan poster-poster tersebut bersama ayat jualan sendiri di platform media sosial anda. Tak perlu susah-susah nak edit gambar siapkan poster lagi untuk buat promosi jualan.

Dengan sistem pemasaran yang disediakan oleh Jentayu Bravo, ia adalah sangat mudah untuk anda membuat jualan dan menjana pendapatan sampingan.

3. Potensi margin keuntungan sehingga RM7,000 sebulan

Kelebihan yang pastinya menambat hati orang ramai untuk sertai Jentayu Bravo ialah semua ejen dropship akan peroleh komisen yang lumayan bagi setiap pakaian dijual.

Sekiranya anda menjual sepasang pakaian Jentayu Bravo, anda berpotensi untuk meraih komisen sekitar RM10-RM20.

Ejen dropship Jentayu Bravo boleh merekodkan untung bersih sehingga RM7,000 sebulan.

4. Boleh request gambar lebih terperinci daripada pihak HQ

Satu lagi kelebihan menyertai team dropship Jentayu Bravo adalah anda dapat hubungi pihak HQ secara terus bagi meminta sebarang gambar tambahan untuk dipromosikan di media sosial anda.

5. Rekaan baju fesyen terkini dan lain dari yang lain

Semua rekaan daripada Jentayu Bravo sungguh unik belaka dan pasti tidak dapat ditemui di mana-mana lagi. Ia direka khas oleh pemilik Jentayu Bravo sendiri yang mengambil inspirasi daripada trend terkini dan fesyen artis tempatan.

Jentayu Bravo membawakan rekaan moden yang seiring dengan perkembangan zaman dalam masa yang sama masih mengekalkan unsur-unsur tradisional terhadap baju kurung dan kebaya.

Kain batik pario, potongan kebaya ala zaman 60-an dan kurung moden yang bercorakkan songket adalah antara unsur tradisi Melayu yang masih dikekalkan dalam penghasilan busana Jentayu Bravo bersama rekaan moden.

6. Rekaan pakaian yang sesuai untuk pelbagai majlis

Bukan sahaja sesuai dipadankan pada hari lebaran, rekaan Jentayu Bravo juga boleh dipakai sebagai busana pengantin, pertunangan mahupun untuk majlis keraian yang lain.

Rekaannya yang eksklusif dan diperbuat daripada material yang sesuai dengan cuaca Malaysia membuatkan busana rekaan Jentayu Bravo ini menjadi pilihan ramai untuk digayakan di majlis-majlis.

Cara untuk menjadi dropship

Sekiranya anda berminat untuk menjadi dropship Jentayu Bravo, daftarkan diri di SINI dan ikuti langkah-langkah yang diberitahu dalam grup Telegram.

Istimewanya di sini, pendaftaran team dropship hanya RM30 seumur hidup.

Dengan semua kelebihan di atas, anda akan nikmati apabila menyertai team dropship Jentayu Bravo. Walaupun anda tidak mempunyai ilmu asas bisnes, dengan menyertai team dropship Jentayu Bravo, ia semudah ABC.

Apakah kelainan busana Jentayu Bravo?

1. Diperbuat daripada material yang berkualiti tinggi

2. Kain cotton yang stretchable mampu memberikan anda keselesaan sepanjang hari

3. Sesuai untuk pelbagai saiz badan di mana kain kurung dan kebaya rekaan Jentayu Bravo diperbuat daripada waistband berelastik penuh.

4. Mesra wuduk di mana terdapat zip di bahagian lengan baju dan juga mudah untuk dipakai di mana terdapat juga zip di bahagian belakang busana.

5. Salah satu rekaan kebaya moden yang bernama Aleesya menggunakan material lace yang tidak membuatkan kulit rengsa selain materialnya sangat lembut serta sejuk.

Tidak lupa juga kurung moden Tihani yang terdapat puff shoulder yang seiring dengan trend fesyen masa kini membuatkan si pemakai tampil mewah dan trendy dilengkapi dengan hiasan manik swarovski.

Tambahan pula, setiap rekaan Jentayu Bravo didatangkan dengan pilihan warna banyak, yang sudah semestinya menarik perhatian ramai wanita di luar sana.

Menarik bukan? Peluang menjadi dropship bersama Jentayu Bravo ini pasti akan membuatkan hari-hari anda lebih ceria dengan pendapatan lumayan dan sekali gus membuatkan ramai wanita di luar sana tampil menggayakan busana yang cukup unik dan lain daripada yang lain.

Cepat rebut peluang keemasan ini dengan mendaftar diri anda sebagai dropship Jentayu Bravo di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti akaun media sosial Jentayu Bravo di InstagramFacebook dan Twitter.

Sebelum ini, kami juga ada menulis tentang koleksi baju kurung moden dan kebaya moden 2021 rekaan Jentayu Bravo. Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca