Ini Cara Bagaimana Peniaga Boleh Miliki Laman E-Dagang Sendiri Secara Percuma

Adakah anda merupakan seorang peniaga yang menjual produk secara dalam talian? Walaupun anda bukan seorang peniaga dalam talian tetapi terkesan secara langsung dengan pandemik ini dan mahu membuat perniagaan sampingan, artikel ini dapat membantu anda.

Menerusi Covid-SME Assist Program, Maynuu akan membantu anda set up laman e-dagang sendiri dari mula sehingga akhir tanpa mengenakan apa-apa bayaran. Selain itu, laman e-dagang anda juga akan mempunyai payment gateway sendiri. Mudah bukan?

Siapa yang patut ada laman e-dagang sendiri?

Sebelum itu, anda patut mempunyai laman e-dagang sendiri sekiranya termasuk dalam golongan di bawah:

i. Pemilik kafe/ restoran/ warung/ kios/ lori atau van makanan bergerak (food truck)

ii. Peniaga makanan dari rumah

iii. Peniaga yang jual kerepek, bertih jagung dan biskut

Kelebihan memiliki laman e-dagang

Berikut adalah kelebihan memiliki laman e-dagang ini:

1. Urusan jualan akan jadi lebih sistematik

Apabila mempunyai laman e-dagang sendiri, pelanggan boleh lihat produk-produk yang anda jual secara dalam talian. Mereka akan terus membuat bayaran selepas pilih mana-mana produk yang berkenan di hati.

Para pelanggan juga boleh membayar sama ada secara tunai, bank transfer atau kad dan FPX. Dengan memiliki laman e-dagang ini, anda sebagai peniaga tidak perlu lagi menjawab salam dan chat secara manual dengan pelanggan untuk urusan jual beli.

Semuanya akan diuruskan menggunakan sistem platform ini dan anda akan menerima pesanan lengkap dengan bayaran setiap kali transaksi jual beli berjaya dilakukan.

Selain itu, pelanggan juga boleh mengatur waktu pesanan mereka menerusi sistem ini di mana pilihan sama ada penghantaran/pengambilan pada masa yang sama atau di kemudian waktu/hari diberikan kepada pelanggan.

Urusan jual beli dan penghantaran pula akan menjadi lebih lancar serta efisien kerana laman e-dagang anda sudah diintegrasikan dengan sistem Lalamove untuk penghantaran sekitar Lembah Klang.

Apa yang anda perlu lakukan ialah menguruskan pesanan tersebut sama ada secara penghantaran, pos, cash on delivery (COD) atau self pickup. Kepada anda yang berminat, boleh daftar di sini dengan segera.

2. Anda boleh terima keuntungan berlipat kali ganda dalam sekelip mata

Sekiranya anda merupakan seorang peniaga yang menjual makanan, anda boleh fokus kepada penyediaan makanan. Untuk yang menjual produk-produk seperti biskut, kerepek dan bertih jagung, anda hanya perlu fikir tentang pemasaran, penghantaran makanan dan pos.

Lihat sahaja pada paparan telefon bimbit untuk menyemak pesanan masuk. Urusan jual beli akan berlangsung secara automatik menggunakan platform ini. Sedar-sedar sudah ada jualan dan produk jualan anda laku bak pisang goreng panas!

Hanya gunakan URL laman e-dagang anda untuk lakukan hebahan dan pemasaran di WhatsApp, Facebook, Instagram, Twitter serta mana-mana sahaja yang anda mahukan.

3. Bagaimana nak set up laman e-dagang sendiri?

Sekiranya berminat, anda boleh daftar di sini kerana slot sangat terhad. Siapa cepat, dia dapat! Sekiranya layak dan terpilih, kami akan hubungi anda dan bantu urus serta persiapkan laman e-dagang untuk jualan lebih sistematik dengan hasil berlipat kali ganda. Anda akan menerima 12 bulan langganan percuma untuk sistem pesanan ini. Tiada apa-apa caj sepanjang 12 bulan ini.

Grup WhatsApp juga akan diwujudkan untuk memudahkan komunikasi antara anda dengan pasukan teknikal untuk memudahkan urusan dan pertanyaan.

Kami ucapkan selamat maju jaya. Daftar segera sebelum slot 12 bulan percuma ini habis.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca