Ini Bukan Selamat Tinggal, Masyarakat Toraja Hidup Untuk Hari Pemergian

Ajal bukan satu pengakhiran bagi suku Toraja yang menetap di Sulawesi Selatan, Indonesia. Hal ini demikian kerana suku Toraja menganggap roh-roh ini sentiasa berada berdekatan jasad sendiri dan ahli keluarga sehingga mereka melaksanakan upacara rasmi.

Selain itu, mereka juga diajar dari kecil untuk menerima berita pemergian sebagai asas kehidupan supaya tidak mempunyai perasaan sedih dan hiba.

Apabila seseorang Torajan itu temui ajal

Sumber: Vice

Apabila salah seorang daripada ahli keluarga menghembuskan nafas terakhir, mereka akan melayan individu itu seperti sakit dan bukannya pergi selama-lamanya.

Ahli keluarga akan bergilir-gilir menjaga jasad itu seperti individu terbabit masih bernyawa. Mereka akan membawa makanan, minuman dan ubat-ubatan serta berbual dengan mendiang.

Jasad ini akan dijaga dengan rapi di dalam satu ruang khas di Tongkonan iaitu tempat tinggal suku kaum Toraja untuk suatu tempoh sehingga kaum keluarga mendiang mampu untuk membiayai kos pengebumian sepenuhnya.  

Rambu Solo

Untuk mempercepat perjalanan roh mendiang ke Puya (syurga bagi kepercayaan Toraja), upacara pengorbanan kerbau akan dilakukan. Jumlah kerbau dikorbankan ini juga melambangkan kemewahan keluarga mendiang. Tanpa upacara ini, mendiang tidak boleh pergi ke Puya dan akan sentiasa bersama dengan ahli keluarga.

Kos upacara Rambu Solo ini bergantung pada jumlah kerbau yang dibeli dan dikorbankan. Ia boleh mencapai 50,000 dollar (RM213,675) bagi orang biasa manakala kos upacara individu berpengaruh boleh mencecah 500,000 dollar (RM2,136,750).

Untuk pengetahuan anda, kos upacara ini dinilai daripada jenis kulit, tanduk dan warna mata kerbau tersebut. Kos dan kerbau ini disumbang daripada setiap ahli keluarga membuatkan upacara ini mengambil masa tiga ke lima hari. 

Ma’nene

Sumber: Vice

Akhirnya, upacara diakhiri dengan pengebumian mendiang di makam batu. Ahli keluarga perlu datang setiap satu atau tiga tahun ke makam untuk membersihkan semula jasad itu dengan memberi baju dan aksesori baharu kepada mendiang.

Pada pendapat anda, adakah ritual pengebumian ini sebenarnya membebankan orang lain?

Penulis:

  • Nurinsyirah Affan Mohamed Fannay adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan upacara unik, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca