‘Ini Baru Betul’, Ramai Memuji Majlis Nikah Sheera Iskandar Patuh SOP

SOP

Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar Putra atau lebih dikenali sebagai Sheera Iskandar telah selamat melangsungkan pernikahannya dengan pilihan hati, Mohd Halim Abdul Gani semalam.

Majlis pernikahan pelakon yang terkenal dalam filem bertemakan polis itu diadakan secara sederhana. Malah, turut dihadiri ahli keluarga dan beberapa rakan artis termasuk Salini Saibi, Abby Abadi, Datuk Yusof Haslam serta Farid Amirul.

Acara itu dijalankan dengan serba ringkas dan mendapat respon positif rata-rata daripada warganet. Ramai yang memuji dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai topeng muka dan mengehadkan bilangan jemputan.

Bukan itu sahaja, ada antara ahli keluarga pengantin hanya menyaksikan majlis berkenaan secara maya melalui aplikasi Google Meet kerana tidak dapat menghadiri ke acara itu.

Difahamkan juga, dewan yang digunakan kelihatan tidak penuh dengan kehadiran tetamu yang terlalu ramai dan membolehkan penjarakan sosial.

Di samping itu, pasangan pengantin turut dilihat menggunakan isyarat tangan diletakkan di dada bagi mengelakkan bersalaman dengan tetamu sepanjang majlis itu berlangsung.

Sumber: Instagram (@_salinasaibi_)
https://www.instagram.com/tv/COaB-JNHX7H/?utm_source=ig_web_copy_link
Sumber: Instagram (@abby_abadi112)

Berikutan daripada video di atas, para peminat telah meninggalkan respon positif dan mendoakan yang terbaik buat kedua pasangan ini di akaun media sosial Salina Saibi dan Abby Abadi. Tidak kurang juga ada yang merasa sebak melihat beberapa ahli keluarga pengantin yang hanya menyaksikan majlis itu secara maya.

“Gila nk langgar SOP. Ni geng2 polis yg aku dr kecil smpai besar duk tgknya. Selesaikan mcm2 kes takkanlah diorg tak boleh ikut SOP. Tahniah kak shieraa. Tak tahu pun dh pisah dgn chef, Tahu2 dh nikah lg. Bagus betul.”

“Ini baru betul ikut SOP”

“Bagus majlis ni. Jaga sop. Tak macam sesetengah artis tu. Sop ke laut, mask ke laut.”

“Alhamdulillah.. Semua mematuhi SOP jangan ada yg nk buat onar plk bila ada majlis dr pihak artis.”

“Alhamdulillah.. Tahniah… Cantik pengantin, cantik jua majlis nye ikot SOP. Saudara yg lain VC.. mcm ni la br bole jd Contoh.. Same2 kita jaga kita”

“Apesal aku sedih tgk mak cik tudung hitam tu. yang video call tu😭”

“Sedihnya tengok.. semua terpaksa video call”

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca