Ini Baru Betul-Betul Boba Haram: The Factory Beer Lancar ‘Boba Beer’

Selepas populariti bubble tea ataupun boba jenama Tealive, Xing Fu Tang dan The Alley tumbuh bagaikan cendawan di negara ini. Kini, giliran kilang Bir di Malaysia pula melancarkan siri ‘Boba Beer’ mereka!

Bir boba ini telah dilancarkan di laman Facebook dan Instagram kilang Bir itu sendiri. Mereka membawakan empat jenis perisa boba yang dibuat dengan pelbagai jenis bir.

Perisa-perisa bir boba tersebut ialah:

1. Beer Butter yang dibuat dengan Kirin Ichiban
2. Guinness Milkshake dengan Guinness
3. Strawberry Lime Cider dengan percikan Apple Fox Cider
4. Beer Watermelon dengan Beer Tiger yang mungkin membuatkan anda mengatakan “hari-hari-mau” (saya menginginkannya setiap hari) .

Walau bagaimanapun, bir boba ini dijual pada waktu yang terhad sahaja dengan harga RM28.

Pelancaran itu telah menimbulkan pelbagai reaksi warganet.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca