Anda peminat filem bergenre horror thriller? Ini berita baik untuk anda!
Sebuah filem Korea berunsurkan time-travelling mystery yang bertajuk ‘The Call’ telah menemui penonton secara global di Netflix pada 27 November yang lalu.

Filem ini berkisarkan tentang dua wanita dari masa yang berbeza. Park Shin-hye memainkan watak sebagai Seo Yeon, seorang wanita yang tinggal pada masa sekarang, manakala Young Sook, lakonan Jeon Jong-seo, tinggal 20 tahun di masa lampau.
Baru sahaja ditayangkan, filem ini telah berjaya menduduki tempat kedua di senarai 10 rancangan popular di Netflix Malaysia. Apakah kelebihan filem ini sehinggakan boleh trending dan menerima sambutan yang cukup positif? Berikut kami senaraikan antara lima sebab kenapa anda perlu tonton filem The Call.
1. Konsep jalan cerita yang bijak dan menarik
Kita cukup sinonim dengan filem dan drama bergenre time travel dan time lapse. Namun, tidak semua filem atau drama tersebut berjaya menarik perhatian. Berbeza dengan filem ini yang menunjukkan kehidupan pada masa depan dan masa lampau yang berjalan dalam real time.
2. Plot yang membuatkan anda berfikir
Berdasarkan sinopsis, cerita tentang menghubungi orang di masa lampau atau time travel kelihatan agak klise. Walau bagaimanapun, filem ini sangat padat dengan plot-twist yang anda tidak akan jangka. Filem ini akan membuatkan anda berfikir dan menjadikan anda tidak senang duduk hingga ke akhir filem ini.
3. Sinematografi yang cantik
Sinematografi dalam filem ini harus diberi pujian kerana setiap shot kamera dan angle yang dipilih dapat menarik minat penonton dan menjadikan filem ini lebih seronok untuk ditonton.
4. Gandingan pelakon yang hebat
Gandingan Park Shin-hye dan Jeon Jong-seo memberikan peranan yang penting dalam filem ini. Sekiranya anda belum pernah menonton filem atau drama lakonan Park Shin-hye, kami cadangkan untuk anda tonton filem ini.
5. Pemilihan lagu
Sesebuah filem tidak akan berjaya tanpa muzik latar yang hebat. Pemilihan lagu dalam filem ini berkerja seiring dengan plot cerita dan pastinya membantu dalam memberikan mood seram dalam filem ini.
Dalam pada itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata penonton memberikan komen dan ulasan yang positif terhadap filem ini.
THE CALL – 10/10 🤩👍🏽🌟
— sya (@alisyasyafiq12) November 27, 2020
Mind fuck, mind blowing, the plot twist memang amazing! korang takkan dapat expect the whole cerita but the ending will make you feel want to request more!!! Both of the actress r so sick!!! Recommended 💯💯💯 #RekomenMovie #Netflix #TheCall pic.twitter.com/fD0QgXp5MB
Y'ALL SHOULD WATCH THE CALL ON NETFLIX. PARK SHIN HYE NEVER FAILS TO AMAZE ME
— glo ⨟ (@vernonhaee) November 27, 2020
Breathless, stylish and deliciously demented, THE CALL is the best Korean thriller of the past 2 years. Park Shin-hye and Jun Jong-seo battle across time in a wickedly fun ride that falters slightly in a relentless climax. Pick up when it rings worldwide on Netflix tomorrow. #콜 pic.twitter.com/TS3VzQHDup
— Pierce Conran (@pierceconran) November 26, 2020
THE CALL (2020).
— Zulaikha Zubir 🧞♀️ (@zulaikhazubir_) November 28, 2020
THIS IS, BY FAR, THE MOST MIND FUCKED MOVIE BY NETFLIX. BIRDS BOX AIN’T SHIT TO THIS MOVIE.
GUYS, WATCH IT NOW AND THANK ME LATER. EXCUSE ME WHILE I’M PICKING UP THE PIECES OF MY BRAIN TOGETHER.#TheCall #TheCallonNetflix #TheCallNetflix pic.twitter.com/zm8dIPdz2e
netflix the call 100/10. park shin-hye and jeon jong-seo nailed their roles. pic.twitter.com/ElyGhBm8lH
— mik (@mk4bolor) November 29, 2020
Korean movie “The Call” on Netflix is a masterpiece! I enjoy it so much! Park Shin Hye did such a great job! So proud of her! Thank you for the hard work! #theCall #TheCallonNetflix #thecallnetflix #ParkShinHye #박신혜 # pic.twitter.com/ElaUU5ueym
— 2017SH_ (@PSHSR2017ss) November 28, 2020
Untuk tonton filem ini, anda boleh strim online atau muat turun di aplikasi Netflix.
Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: