Ini Antara 4 Pulau Misteri Dan Menyeramkan Di Dunia

Percutian ke pulau yang cantik dan menenangkan menjadi impian setiap individu yang ingin bercuti dan meluangkan masa bersama orang tersayang. Namun, ramai yang tidak mengetahui terdapat pulau-pulau misteri dan menyeramkan di dunia yang telah ditutup serta diharamkan menjejakkan kaki ke tempat tersebut.

Berikut kami kongsikan antara empat pulau misteri dan menyeramkan yang anda tidak patut pergi.

1. ‘The land of no return’ island

Barsa Kelmes atau pulau yang tiada jalan pulang adalah pulau terbesar di Laut Aral yang terletak di Asia Tengah, antara Kazakhstan dan utara Uzbekistan. Legenda Kuno mengatakan pulau ini pernah disumpah dan penuh dengan kisah misteri. Pulau ini juga tidak berpenghuni selama bertahun-tahun lamanya. Legenda kuno menceritakan tentang pelarian yang tinggal di pulau ini selama kira-kira satu tahun tetapi apabila dia pulang ke rumah, dia kelihatan seperti berusia puluhan tahun.

Selain itu, sekumpulan besar orang pernah hilang di pulau ini. Malah, rakyat Kazakhstan mempercayai kehilangan mereka berpunca daripada makhluk terbang dari zaman prasejarah. Oleh itu, pulau tersebut telah diisytiharkan sebagai pulau simpanan yang menjadi salah satu kawasan paling tertutup di Uni Soviet.

2. Snake Island

Ilha da Queimada Grande dikenali sebagai Pulau Ular yang terletak di Brazil. Terdapat banyak spesies ular yang hidup di pulau ini. Spesies ular yang terdapat di pulau ini telah diklasifikasikan sebagai antara yang paling beracun di dunia.

Selain itu, terdapat cerita yang mengatakan beberapa orang pernah menjadi mangsa di pulau ini. Antaranya seorang nelayan yang tidak mengetahui tentang bahaya pulau ini telah berlabuh di pantai dan hidupnya berakhir dengan dipenuhi kesan gigitan ular dan badannya berlumuran darah.

Malah, ada juga sebuah keluarga yang berpindah dan menetap di pulau ini tanpa mengetahui risiko yang dihadapi. Berdasarkan khabar angin dari masyarakat tempatan, keluarga tersebut dijumpai mati dengan tubuh yang bercerai berai.

3. Island of the dolls

Isla de las Munecas yang lebih dikenali sebagai island of the dolls merupakan pulau yang dipenuhi dengan anak patung yang terletak di selatan Mexico City, di antara terusan Xochimico. Pulau ini didedikasikan untuk kematian seorang gadis miskin yang menemui nasibnya terlalu cepat dalam keadaan yang pelik.

Kawasan ini mempunyai ribuan orang, tetapi pulau kecil ini merupakan rumah bagi ratusan anak patung yang menakutkan. Anggota badan mereka yang putus, kepala dipenggal, dan mata kosong menghiasi pokok-pokok di sini. Dikatakan bahawa seorang gadis ditemui lemas dalam keadaan misteri bertahun-tahun yang lalu di pulau ini dan anak patung itu dimiliki oleh rohnya.

Legenda tempatan mengatakan bahawa anak patung itu menggerak-gerakkan kepala dan lengan bahkan membuka mata mereka. Beberapa saksi mendakwa mereka pernah mendengar anak patung itu berbisik satu sama lain. Ada juga yang mereka yang menaiki kapal berhampiran pulau itu mengatakan bahawa anak patung itu memikat mereka untuk turun ke pulau tersebut.

4. Poveglia Island

Poveglia adalah sebuah pulau kecil yang terletak di antara Venice dan Lido di Lagoon Venetian, utara Itali. Ketika penularan wabak bubonic yang memakan sebahagian besar penduduk dunia, orang Roman mempunyai idea yang bijak untuk memisahkan orang yang terkena jangkitan. Orang-orang yang dijangkiti dihantar ke Pulau Poveglia.

Di sini, merupakan tempat perlindungan terakhir dengan 50% tanahnya merupakan abu daripada mayat-mayat yang dibakar kerana mati disebabkan wabak bubonic. Selain itu, pulau ini pernah mempunyai sebuah hospital untuk pesakit mental. Pesakit yang dirawat disini sering mengadu bahawa mereka mengalami sakit kepala dan sering melihat roh orang-orang yang telah mati dalam keadaan yang menyayat hati.

Malah, terdapat seorang doktor yang pernah membunuh dirinya dengan melompat dari menara loceng hospital berkenaan. Penyebab kematian doktor itu kekal misteri sehingga sekarang. Selepas kematian doktor, pihak kerajaan membuat keputusan untuk menutup hospital tersebut.

Penulis:

  • Juliatul Amira Binti Mohamad Joni adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca