Ini Sebab Kenapa Pemakaian Pelitup Muka Tidak Digalakkan Kepada Kanak-Kanak Bawah Umur 2 Tahun

Seperti yang kita sedia maklum, pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan bermula 1 Ogos yang lalu.

Walau bagaimanapun, menurut info Public Health Malaysia, pemakaian pelitup muka bagi kanak-kanak di bawah umur dua tahun adalah tidak digalakkan sama sekali.

Ia boleh membahayakan nyawa dan menjejaskan kesihatan bayi. Ini kerana, laluan pernafasan bayi adalah tidak sebesar orang dewasa. Oleh itu, pemakaian sebarang jenis pelitup muka boleh menyesakkan nafas mereka.

Jika pelitup muka dipakai dengan longgar sekalipun, ia tidak akan dapat memberi perlindungan yang berkesan kepada mereka. Manakala jika dipakai dengan terlalu ketat pula, ia boleh melemaskan mereka.

Pemakaian pelitup muka juga akan menyebabkan bayi menjadi gelisah dan mereka akan teraba-raba untuk membukanya.

Mereka berkemungkinan akan menyentuh mata, hidung dan mulut mereka sendiri.

Ia sekali gus boleh menggalakkan lagi jangkitan dan penyebaran virus di sekitar wajah.

Untuk pengetahuan, sehingga hari ini, tiada pelitup muka jenis N95 yang diluluskan selamat untuk kegunaan bayi.

Berikut adalah beberapa langkah lain untuk melindungi anak-anak anda.

1. Elakkan daripada membawa kanak-kanak ke tempat awam jika tiada keperluan.

2. Jika masih perlu membawa bayi keluar, tutup ‘carrier’ dengan selimut nipis dan bukannya menyelimuti bayi dengan selimut.

3. Pastikan urusan di luar (jika membawa anak) dilakukan dengan cepat dan amalkan jarak satu meter dengan orang lain.

4. Mandikan dan tukar pakaian bayi sejurus tiba di rumah

5. Jika memiliki anak yang berusia lebih daripada dua tahun, ajar mereka supaya tidak menyentuh muka sendiri dan sentiasa mencuci tangan dengan sabun.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca