Ini Adalah Kembar Jahat Planet Bumi

Kita seringkali mendengar tentang pasangan kembar sesama manusia. Namun, tahukah anda bahawa planet bumi juga memiliki kembarnya tersendiri? 

Pada tahun 2005, beberapa ahli astronomi dari Perancis dengan secara tidak sengaja telah menemui sebuah planet berwarna biru yang rupanya seakan-akan planet bumi. Planet itu didapati sedang mengorbiti sebuah bintang. 

Kembar kepada planet bumi ini dinamakan sebagai HD 189733b. Planet ini merupakan eksoplanet atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami, planet luar daripada sistem suria. 

HD 189733b ini mempunyai saiz sebesar planet Musytari yang 11 kali ganda lebih besar daripada saiz bumi.

Kedudukannya yang 30 kali ganda lebih dekat dengan bintangnya berbanding kedudukan bumi dengan matahari, menyebabkan suhu planet tersebut boleh mencecah lebih daripada 100 darjah Celsius.

Berhubungan dengan itu juga, planet itu mengorbiti bintangnya setiap 2.2 hari sekali manakala bintangnya mengelilingi planet itu setiap 3,200 tahun sekali.  

Melalui mata kasar, planet ini mungkin kelihatan sama seperti bumi. Meskipun begitu, planet ini sama sekali tidak sesuai untuk diduduki oleh manusia. 

Hal ini demikian kerana cuaca di planet HD 189733b sangat ekstrim dan boleh menyebabkan kematian.

NASA menyatakan bahawa kelajuan angin di planet tersebut dapat mencecah sehingga 8,700 kilometer per jam, iaitu tujuh kali ganda lebih laju daripada kelajuan bunyi. 

Lebih mengerikan lagi, hujan di planet HD 189733b mampu menyebabkan maut kerana berbeza dengan hujan di planet bumi, planet ini menurunkan hujan kaca. 

Seperti yang kita tahu, warna biru yang kelihatan dari planet bumi adalah berpunca daripada warna lautan.

Berbeza dengan planet HD 189733b, warna biru yang kelihatan adalah disebabkan lapisan atmosferanya yang bercampur dengan partikel-partikel silika.  

Jadi, hal ini adalah sebab planet HD 189733b ini digelar sebagai kembar jahat bumi.   

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca