Ini Adalah Cara Bagaimana Scammer Curi Data Peribadi Anda

Sejak beberapa bulan lalu, Malaysia digemparkan dengan pendedahan demi pendedahan oleh pihak berkuasa berkenaan aktiviti penipuan atau scam yang berlaku di negara kita.

Dari Love Scam, Macau Scam dan pelbagai lagi sindiket penipuan yang melibatkan kerugian berjuta runggit yang telah direkodkan di Malaysia. Namun, sehingga kini rakyat Malaysia masih belum peka dengan situasi ini.

Melihat kepada keadaan ini, kita pasti tertanya-tanya bagaimana agaknya para scammer bekerja? Atau bagaimanakah data peribadi kita dicuri sehingga menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit?

Melalui satu perkongsian video berdurasi selama 1 minit yang dimuat naik di laman Facebook AITI Brunei yang merupakan sebuah syarikat telekomunikasi yang bertapak di Brunei, mereka telah berkongsi bagaimana cara scammer mencuri data peribadi kita.

Walaupun perkongsian tersebut dilihat kecil dan tidak memberi impak yang besar, namun sekecil-kecil maklumat yang diperlukan oleh scammer mampu menyebabkan kerugian berjuta ringgit.

Ia sudah menjadi tanggungjawab kita untk sentiasa berhati-hati serta mempunyai satu mentaliti di mana tidak semua perlu dikongsi di media sosial. Sikap ambil berat dan peka dengan keadaan sekeliling adalah kewajipan kita agar suatu hari nanti, kita tidak termasuk sebagai salah seorang mangsa scammer ini.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca