Sering kali kita mendengar tentang makanan-makanan unik dan pelik di dunia. Akan tetapi, terdapat juga beberapa benda-benda pelik yang wujud bersangkutan dengan kehidupan seharian kita seperti ubat gigi.
Ubat gigi digunakan untuk memberikan kesegaran atau membersihkan bahagian di dalam mulut. Perisa ubat gigi kadangkala diberi perhatian khusus oleh seseorang individu.
Selain daripada perisa pudina atau bubblegum yang selalu digunakan, berikut adalah antara perisa ubat gigi pelik yang pernah wujud di dalam dunia:
1. Bacon

Orang berkulit putih atau ‘mat saleh’ sangat sukakan bacon sehingga wujudnya ubat gigi perisa bacon ini. Hati-hati, jangan sampai terbeli.
2. Cupcake

Tidak dinafikan, cupcake adalah antara pemanis mulut yang sangat diminati oleh pencinta makanan manis. Perisa yang pelbagai dan warna yang menarik semestinya akan menghidupkan nafsu untuk makan.
3. Pine
Bauan pine selalunya digunakan untuk pewangi di dalam kereta, lilin, sabun, atau pewangi pakaian. Akan tetapi, wujud juga ubat gigi yang berperisa ini.
4. Perisa kari
Kari adalah antara makanan yang sedap dan boleh dimakan oleh masyarakat di seluruh dunia. Namun, untuk dijadikan sebagai perisa ubat gigi, ianya adalah sangat pelik.
5. Jeruk
Kandungan asid di dalam jeruk tidak mungkin dapat membantu dalam penjagaan kuman di dalam mulut. Akan tetapi, wujud juga ubat gigi berperisa jeruk untuk memberikan kelainan.
6. Coklat

Ubat gigi berperisa ini mungkin adalah salah satu cara bagi menggalakkan kanak-kanak untuk memberus gigi.
7. Vanila

Pelbagai usaha untuk menggalakkan kanak-kanak memberus gigi. Perisa ubat gigi aiskrim vanila kelihatan menarik dan mempunyai bau yang enak.
8. Coca-cola

Air coca-cola adalah antara musuh kepada kesihatan gigi. Kandungan gula yang tinggi agak kurang meyakinkan jika dijadikan sebagai perisa ubat gigi.
Penulis:
- Nur Aqimila Binti Mohd Razali adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
- Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.
Sebelum ini, kami pernah kongsikan lima jenis fobia paling pelik dalam dunia. Untuk baca artikel tersebut dan artikel-artikel lain, anda boleh klik pada pautan di bawah: