Ini Adalah 6 Hutan Yang ‘Berpenghuni’ Di Seluruh Dunia

Hutan merupakan penyumbang terbesar dalam khazanah negara kita. Sejak zaman dahulu lagi, hutan telah menjadi sumber produktiviti yang berterusan bagi umat manusia.

Namun, hutan juga sering dikaitkan dengan beberapa insiden yang menakut dan menyeramkan. Hal ini sudah semestinya disebabkan oleh keluasan dan kegelapan yang menyelebungi hutan. Ditambah pula dengan usianya yang mencecah ratusan tahun dan didiami oleh haiwan liar dan benda-benda yang ‘menumpang’.

Berikut merupakan 6 hutan yang dikatakan mempunyai ‘penghuni’nya sendiri:

  1. Aokigahara, Jepun
Sumber: Cdn.libur

Aokigahara adalah hutan seluas 35,000 kilometer persegi yang menjangkau dari kaki Gunung Fuji. Hutan ini telah wujud 1200 tahun lamanya. Dikatakan hutan ini menyeramkan berikutan banyak kisah dongeng tempatan yang diceritakan berkisah makhluk aneh, gergasi serta hantu.

Aokigahara atau dipanggil sebagai ‘Laut Pokok’ didakwa suasana hutannya sangat sunyi sepi oleh rakyat tempatan dan pelancong yang datang. Malahan kedudukan pokok-pokoknya yang rapat telah menghalang angin dan cahaya matahari dari memasuki ruang hutan.

Selain itu, kompas juga tidak berfungsi dengan baik yang mana kebanyakan pendaki dan peneroka hutan Aokigahara ini  mendakwa agak sukar untuk menemui jalan keluar yang ingin ditujui disebabkan kawasannya yang gelap dan sunyi.

2. Hutan Hoia-Baciu, Romania

Sumber: Stefsjourney

Hutan Hoia-Baciu atau dikenali sebagai ‘Segi Tiga Bermuda’ Romania terletak di kawasan barat laut Romania.

Pelbagai kisah misteri kerap berlaku di dalam kawasan hutan tersebut yang mana penduduknya melarang keras dan memberi amaran kepada pengunjung yang berhasrat ingin memasuki hutan itu agar berhati-hati.

Hal ini kerana, terdapat beberapa kes kehilangan di dalam hutan tersebut. Antaranya, seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun yang hilang ditemui semula 5 tahun kemudian masih dalam keadaan yang sama seperti 5 tahun yang lepas. Selain itu, kehilangan misteri 200 ekor kambing dan seekor anjing secara tiba-tiba menjadi tanda tanya.

3. Epping Forest, United Kingdom

Sumber: redd.it

Hutan yang berukuran 5,900 ekar tanah ini terletak di Essex, Timur England dan diuruskan oleh City of London Corporation. Keluasan tanahnya telah membuatkan kawasan itu menjadi tempat persembunyian dalam kalangan penjenayah untuk bersembunyi.

Dipercayai pada tahun 1960-an, banyak mayat telah ditemui dalam hutan tersebut menjadikan ia hutan yang dipenuhi dengan kehadiran roh dan badi si mati.

Pokok-pokok di Epping Forest juga dikatakan mencecah ratusan tahun akibat tidak ditebang dalam waktu yang agak lama sekaligus menjadikan hutan itu dipenuhi struktur pokok-pokok yang besar dan bulat.

4. Dering Woods, United Kingdom

Sumber: Worldtoptop

Lokasi Dering Woods terletak di Kampung Pluckley dan dianggap sebagai kampung yang paling berhantu di United Kingdom.

Dering Woods dipercayai telah didiami oleh roh orang yang sesat di dalamnya. Hal ini kerana, hutan ini dikenali sebagai hutan yang ‘berteriak’ akibat terdengar jeritan yang menakutkan dan bunyi bisikan pada waktu pagi.

Pemilik roh di hutan itu dikata merupakakan seorang kolonel tentera dan seorang pejuang yang telah ditawan oleh penduduk tempatan yang mana kemudiannya dipenggal oleh mereka.

5. Elfin Forest, Amerika Syarikat

Sumber: Wikimedia

Hutan Elfin terletak di kaki Gunung Santa Rosa telah didiami oleh sebuah komuniti kediaman kecil.

Lagenda mengisahkan bahawa hutan ini pernah diduduki oleh gypsies ghaib dan nenek moyang keturunan Diegueno India Utara yang tinggal di kawasan Harmony Grove. Mitologi juga mengesahkan gypsies telah menyumpah hutan dan tanah di sekelilingnya.

Sesetengah daripada gypsies ini juga dikatakan telah disembelih oleh penduduk bandar berdekatan dan bermulanya penampakan hantu di kawasan tersebut.

6. Dow Hill Forest, India

Sumber: Google

Dow Hill adalah sebahagian bukit-bukit Kurseong yang mana Bandar Kurseong ini merupakan sebuah stesen bukit yang sangat indah. Bukit ini terkenal dengan tempat yang paling misteri di India.

Tempat ini dikatakan kawasan pembiakkan aktiviti- aktiviti paranormal di bahagian bukit Dow yang mana merupakan jalan pengantara antara pejabat hutan dan jalan bukit Dow.

Akibat aktiviti tersebut, bermulalah penyaksian seorang lelaki tidak berkepala sedang berkeliaran disaksikan oleh para penebang kayu disitu. Pertemuan itu tidak berakhir begitu sahaja, di mana mereka yang memasuki hutan itu telah menjadi gila kemudian harinya.

Pada pendapat anda, adakah setiap hutan di dunia ini mempunyai ‘penghuni’ nya sendiri?

Untuk membaca artikel lain berkaitan misteri, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca