Ini Adalah 5 Tanda Badan Anda Kekurangan Air

Air adalah satu keperluan bagi setiap individu. Air diperlukan di dalam badan sebagai pelarut makanan, garam mineral dan vitamin. Air juga diperlukan untuk mengawal suhu badan dan melancarkan peredaran darah. Air penting untuk meningkatkan kadar metabolisma tubuh dan kadar pembakaran lemak.

Minum air kosong pada masa tertentu akan membantu meningkatkan kadar metabolisma badan. Kita juga digalakkan untuk meminum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dan minum secara cukup. Tidak kurang dan tidak lebih.

Namun, cuaca panas dan kurang meminum air menyebabkan badan anda mengalami dehidrasi dan menyebabkan beberapa simptom yang lain. Sekiranya anda mempunyai salah satu tanda di bawah, anda kemungkinan mengalami dehidrasi.

Ini merupakan lima tanda sekiranya badan anda kekurangan air:

1. Sakit kepala

Sakit kepala atau pening akan menyebabkan anda kurang fokus dan kurang stabil, malah kerja anda juga akan terganggu. Sakit kepala berpunca daripada reaksi otak yang sensitif terhadap tindak balas kimia dalam tubuh badan apabila tahap hidrasi mula merosot. Sekiranya sakit kepala anda berterusan, banyakkan minum air dan mengambil ubat jika diperlukan.

2. Sembelit

Sembelit atau sukar untuk membuang air besar adalah disebabkan kerana badan anda kekurangan air. Maka, sistem pembuangan akan mengalami masalah untuk sistem pencernaan anda. Sekiranya air mencukupi, sistem badan akan lebih berfungsi dengan baik tanpa sebarang gangguan penyakit. Jangan ambil mudah dengan sembelit, kerana ia mungkin tanda awal kanser usus.

3. Warna air kencing gelap

Daripada warna air kencing yang dikumuh, anda boleh tengok tahap kesihatan anda. Apabila warna air kencing anda berwarna cerah, itu menunjukkan kandungan air pada tubuh mencukupi. Manakala warna air kencing yang berwarna gelap dan pekat menunjukkan badan anda kekurangan air. Hal ini boleh menyebabkan penyakit kronik seperti ginjal.

4. Nafas berbau

Nafas yang berbau boleh juga disebabkan oleh penyakit halitosis. Tetapi, sekiranya anda kekurangan air, air liur yang dihasilkan juga akan berkurang. Hal ini akan menyebabkan bakteria akan membiak dengan banyak dan menyebabkan nafas anda berbau. Nafas berbau akan menyebabkan seseorang itu kurang keyakinan untuk berdepan dan berinteraksi dengan orang lain. Maka, minumlah air secukupnya.

5. Kulit menjadi kering

Akibat daripada kurang minum air, kulit anda akan nampak kering, mengelupas dan berasa seperti bersisik bila digaru. Kulit kering adalah salah satu tanda awal apabila badan anda kekurangan air.

Sekiranya tanda-tanda ini pada anda, anda mungkin mengalami dehidrasi. Pastikan minum air dengan cukup setiap hari agar badan anda tak terhidrat dan kelembapan kulit sentiasa terkawal. Minum air yang cukup adalah untuk menyeimbangkan suhu badan agar tidak terus meningkat. Jaga kesihatan dan jangan lupa minum air secukupnya.

Penulis:

  • Nurul ‘Ain Fakhriah Binti Zulkifli adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Sebelum ini, kami ada kongsikan tanda-tanda demam viral. Untuk baca artikel tersebut dan artikel-artikel lain, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca