Ini Adalah 4 Jenis Kereta Yang Aneh Tetapi Menarik Di Dunia

Dengan teknologi yang semakin maju, penciptaan kenderaan terutamanya kereta semakin menakjubkan. Banyak kereta-kereta daripada pelbagai konsep yang dikeluarkan mempunyai reka bentuk yang sangat futuristik. Namun, dengan kecanggihan teknologi banyak terhasilnya rekaan kereta yang dianggap sangat pelik lebih-lebih lagi pada zaman moden ini.

Berikut merupakan empat jenis kereta yang pelik tetapi menarik:

1. Flatmobile

Kereta unik yang diberi nama “Flatmobile” ini mendapat gelaran kereta paling nipis di dunia iaitu berukuran 19 inci ataupun 48 sentimeter sahaja. Kereta yang kelihatan seperti kereta dalam filem Batman ini dihasilkan dengan rekaan yang sangat berbahaya kerana Perry Watkins iaitu pencipta kereta berkenaan telah meletakkan enjin jet turbin gas di bahagian belakang kereta. Walaupun dikatakan kereta ini sah untuk dibawa dan digunakan di jalan raya, tetapi tidak ada yang berani memandunya.

2. Thrust SSC

Kereta Thrust SSC ini atau Super Sonic Car digerakkan oleh 2 enjin turbojet Rolls Royse. Enjin ini memberikan jumlah kuasa yang sama dengan 145 buah kereta Formula 1. Kereta ini mempunyai berat 10 tan dan telah merekodkan kelajuan maksimum 1,323 kilometer sejam pada tahun 1997 di Amerika Syarikat.

3. Dream car 123

Kereta ini mempunyai reka bentuk yang sangat unik dan pelik kerana bentuknya tidak seperti kereta malah kelihatan seperti sebuah piramid danmempunyai berat 3,628 kilogram. Ia dilengkapi dengan tangki dan menyala dengan warna neon waktu malam. Apa yang membuatkan ia unik adalah kereta ini dikuasakan oleh elektrik.

Ia mampu bergerak pada kelajuan 64 kilometer sejam sahaja dalam jarak 386 kilometer yang telah dicas selama 3.5 jam. Pencipta kereta ini, Greg Zanis juga telah mencipta sebuah menara garaj memanfaatkan kuasa solar dan angin untuk mengecas semula kenderaan berkenaan.

4. Colim

Colim merupakan sebuah kenderaan yang direka bentuk dengan gabungan sebuah kereta dan karavan. Kereta pada bahagian hadapan kenderaan ini boleh dipisahkan daripada karavan di belakang jika anda tidak berhasrat untuk pergi berkhemah bersama keluarga. Dengan cara itu, anda boleh menggunakan kenderaan tersebut sebagai sebuah kereta dengan dua tempat duduk.  

Penulis:

  • Yusrina Yusra Binti Ya’akob adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk membaca lebih banyak artikel lain, klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca