Ini Adalah 4 Cara Memilih Hand Sanitizer Yang Betul

Cara terbaik untuk membersihkan tangan daripada segala virus, kuman dan kotoran lain adalah dengan mencucinya. Namun, penggunaan hand sanitizer dapat memberi perlindungan ekstra apabila dipakai setelah anda selesai mencuci tangan. Malah, hand sanitizer menjadi salah satu solusi mudah dalam membersihkan tangan ketika air dan sabun tiada.

Bila memakai hand sanitizer dengan betul dan menjadikan ia sebagai rutin penjagaan kebersihan tangan, anda akan menjadi lebih kebal dari infeksi virus-virus. Tetapi sebelum membeli, ketahui terlebih dahulu kebaikan dan kandungan baik yang perlu ada dalam hand sanitizer.

1. Periksa bahan kandungan pada produk

Walaupun hand sanitizer mempunyai fungsi untuk membunuh kuman dan virus, kandungan dalam setiap hand sanitizer ini berbeza-beza.

2. Mengandungi 60-70 peratus alkohol

Kebanyakan hand sanitizer mengandungi kandungan alkohol, namun tahukah anda bahawa setiap produk hand sanitizer itu mempunyai kadar kandungan alkohol yang berbeza? Menurut pakar, hand sanitizer yang baik mengandungi sekurangnya 60 peratus alkohol kerana ia lebih efektif dan berkesan dalam membasmi kuman dan virus.

Apabila kadar alkohol berkurang daripada 60 peratus, hand sanitizer tersebut tidak ‘kuat’ untuk membunuh virus. Akibatnya, pencegahan infeksi virus menjadi kurang efektif.

3. Elakkan yang mengandungi bahan kimia berbahaya

Elakkan daripada memilih hand sanitizer yang mengandungi triklosan, paraben dan bahan kimia yang berbahaya. Bahan-bahan ini sekiranya digunakan secara berterusan akan memberi kesan kepada kesihatan diri. Triklosan banyak digunakan dalam produk kegunaan seharian seperti ubat gigi dan sabun kerana ia bersifat antibakteria.

Namun, triklosan tidak boleh membunuh virus. Malah hasil daripada penelitian, triklosan mampu memberi masalah terhadap kesihatan seperti kanser dan gangguan hormon. Elakkan juga hand sanitizer yang mengandungi paraben kerana ia mampu menyebabkan iritasi pada kulit.

4. Mengandungi pelembap dan vitamin

Hand sanitizer mengandungi alkohol yang tinggi akan menyebabkan kulit anda kering. Virus dan kuman akan semakin selesa membiak pada kulit kering. Penyelesaiannya, anda boleh memilih hand sanitizer yang mengandungi pelembap dan vitamin. Selain dapat membersihkan tangan, kulit anda juga akan terjaga.

Selamat memilih hand sanitizer! Ingatlah, mencegah lebih baik daripada mengubati.

Penulis:

  • Nurul ‘Ain Fakhriah Binti Zulkifli adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk membaca lebih banyak artikel lain, klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca