Ini Adalah 3 Sebab Mengapa ‘Flakka’ Merupakan Makanan Zombie

Bila sebut sahaja tentang dadah, pasti di dalam pemikiran kita ia merupakan satu jalan atau alternatif buruk yang menjadi penyebab kepada kemusnahan seseorang manusia. Bagi mereka yang terjebak dalam kancah ini, dengan mengambil dadah merupakan peluang untuk golongan ini keluar daripada dunia realiti. 

Bayangkan kita mempunyai masalah atau kita tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu hal tersebut dan apa yang kita ingin lakukan hanyalah untuk melepaskan diri daripada semua permasalahan. Maka jalan singkatnya adalah dengan mengambil bahan terlarang seperti ini. 

Tidak dapat dinafikan bahawa dadah memiliki pelbagai jenis dan bentuk namun tidak ramai mengetahui bahawa flakka, atau dikenali sebagai dadah zombie merupakan sejenis dadah baharu yang amat berbahaya kepada manusia. Apakah itu flakka?

Flakka kelihatan seperti garam putih kristal yang memberi kesan sama seperti kokain dan methamine. Namun lebih kuat daripada kedua-duanya. Flakka juga menjadi bahan utama membuat garam mandian atau “bath salt” yang membantu penyerapan magnesium dan sulfat oleh tubuh yang tidak mudah diserap melalui makanan. 

Bahan kimia ini merangsang bahagian otak yang mengatur mood, hormon dophamine dan zorothomine supaya pengguna dadah itu merasa lebih kuat, tidak takut, hilang rasa malu dan menjadi gila.

Ini merupakan tiga sebab mengapa flakka dikatakan dadah paling berbahaya di dunia.

1. Flakka merubah perlakuan manusia menjadi lebih agresif seperti zombie

Menurut Ketua Pengarah Agensi Anti-dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Dr Abdul Halim Mohammad Hussin, kebanyakan penagih akan meronta dan menjerit malah turut mencederakan diri sendiri ketika dadah itu mulai menyerap di dalam tubuh dan mempengaruhi mereka. 

Menurutnya lagi, badan mereka akan mula bergerak tanpa kawalan, kepala akan jatuh ke bahu dan pada waktu itu anggota yang lain akan turut mengeras. Flakka mengaktifkan suatu respons pada otak yang menyebabkan manusia menjadi sangat ganas dan membawa ketakutan kepada orang ramai. 

2. Flakka punca kepada hilang deria sakit

Dengan flakka, suhu badan boleh meningkat kepada 105 darjah celsius selain menyebabkan penagih mengalami paranoia yang teruk. 

Di Amerika, seorang lelaki sedang lalok dengan flakka telah ditembak di kepalanya, namun dia seolah-olah tidak merasa sakit malah terus berjalan dengan badan membengkok di belakang sambil gelak dan menjerit kepada mereka yang cuba membantu.

3. Flakka memberi kekuatan dan keberanian luar biasa.

Kes paling sadis yang berlaku di Amerika Syarikat apabila seorang lelaki gelandangan kehilangan hampir suku wajahnya kerana dimakan oleh penyerang berbogel yang mengambil dadah itu. Siapa sangka mereka ini akan melakukan perkara yang manusia normal tidak terbayang untuk melakukannya.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada jenis flakka yang dikesan di Malaysia. Namun haruslah diingat bahawa tidak kira apa jua jenis dadah yang ada di pasaran, jika mengambilnya sudah terbukti akan meninggalkan kesan yang buruk malah bukan sahaja pada diri tetapi ia boleh mengancam keselamatan masyarakat.

Penulis:

  • Norkhairisa Binti Mohd Khalid adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk membaca lebih banyak artikel lain, klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca