Ini Adalah 3 Jenis Parut Jerawat Yang Wajib Anda Ketahui Dan Punca Ia Terjadi

Bagi yang pernah mengalami masalah jerawat, pastinya ada kesan atau parut yang ditinggalkan selepas hilangnya masalah itu. Parut jerawat berlaku apabila pori yang membengkak disebabkan jerawat seterusnya memberi kesan pada kulit wajah. Tompok merah, kulit wajah berlubang dan berlekuk antara kesan daripada parut jerawat.

Berikut adalah senarai tiga jenis parut jerawat yang boleh anda ketahui.

1. Parut Box Car

Parut jenis ini dinamakan Box Car kerana rupanya yang keilhatan seperti lekuk berbentuk kotak. Lubang parut Box Car ini lebih lebar berbanding dengan jenis parut jerawat yang lain.

2. Parut Ice Pick

Parut ini dipanggil ice pick disebabkan rupanya berlubang terkena objek tajam seperti jarum dan alat pemecah ais. Kedalaman lubang jenis parut ini boleh mencapai sehingga ke lapisan dermis kulit.

3. Parut Rolling

Parut ini membuatkan kulit wajah kelihatan berombak. Jerawat ini terjadi disebabkan jerawat yang meradang dalam tempoh yang lama. Keadaan parut ini kelihatan ketara bergantung pada tahap inflamasi yang dialami.

Parut jenis ini membuatkan kulit wajah kelihatan lebih tua. Hal ini disebabkan kulit wajah kurang menegang dan hilang keanjalannya.

Penulis:

  • Muhammad Aris Iskandar Bin Tajul Ariffin adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Sebelum ini, kami pernah kongsikan tips seorang doktor tentang parut jerawat. Untuk baca artikel tersebut dan artikel-artikel lain, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca