Ini Adalah 3 Jenis Buah Sebagai Remedi Batuk Untuk Kanak-Kanak Ketika PKP

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pergerakan kita adalah terbatas. Kita tidak dibenarkan bergerak ke mana sahaja tanpa alasan yang kukuh.

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil, semestinya mereka risau akan kesihatan anak-anak mereka. Jika anak-anak menghidap batuk yang lama ataupun selesema, anda boleh ikhtiarkan untuk merawat batuk anak anda menggunakan buah-buahan.

1. Buah nanas

Buah nanas telah terbukti dapat merawat dengan lebih berkesan. Sebuah kajian telah mendapati bahawa mereka yang meminum jus nanas mengambil masa yang lebih cepat untuk sembuh berbanding mereka yang mengambil ubat batuk.

Cara penyediaanya juga mudah. Mula-mula buah nanas tersebut hendaklah dikupas dahulu kulitnya. Setelah itu, potong buah nanas berbentuk kiub dan masukkan ke dalam pengisar makanan untuk dikisar.

Setelah dikisar, nanas tersebut hendaklah ditapis lalu dimasukkan dalam bekas kedap udara dan disimpan di dalam peti ais. Jika hendak diminum, campur jus tersebut bersama madu.

2. Buah oren

Menggunakan buah oren sebagai ubat batuk merupakan cara perubatan tradisional orang cina. Cara untuk menyediakannya sebagai ubat batuk juga amat mudah.

Ambil sebiji buah oren lalu rendamkan di dalam air garam selama 15 minit. Tujuannya adalah untuk membersihkan buah limau tersebut.

Kemudian, potong bahagian atas limau. Setelah dipotong, permukaan limau tersebut hendaklah diletakkan 1 atau 1/2 sudu teh garam. Setelah itu, limau tersebut akan dikukus selama 15 minit. Selesai dikukus, buah limau boleh diperah dan jus yang terhasil bolehlah diminum untuk melegakan batuk.

3. Buah delima

Buah delima mempunyai kandungan vitamin C yang sedikit sebanyak membantu mengubati batuk serta meningkatkan sistem imun di dalam tubuh.

Cara untuk menyediakan jus delima sebagai ubat batuk adalah mudah. Untuk orang dewasa, mereka boleh terus makan biji delima tanpa ada masalah.

Berlainan pula dengan kanak-kanak. Biji delima tersebut hendaklah dilenyek terlebih dahulu untuk mengeluarkan jus lalu diberi kepada kanak-kanak.

Penulis:

  • Nor Zawani Binti Kamarudin adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Sebelum ini, kami pernah kongsikan khasiat buah bidara. Untuk baca artikel tersebut dan artikel-artikel lain, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca