Ini Adalah 10 Makanan Yang Tak Patut Dimakan Mentah-Mentah

Pelbagai jenis makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran yang boleh dimakan secara mentah dan memberikan manfaat yang lebih baik berbanding sekiranya ia dimasak.

Walau bagaimanapun, masih terdapat sesetengah makanan dan sayuran yang tidak boleh dimakan secara mentah disebabkan beberapa perkara yang boleh mendatangkan maut.

Berikut kami kongsikan 10 makanan yang anda tak patut makan secara mentah.

1. Telur

Makan telur mentah dianggap perkara biasa di negara-negara seperti Jepun dan Korea.

Kajian mendapati mitos yang mengatakan telur mentah adalah pilihan yang lebih baik daripada telur masak adalah palsu. Ini kerana, penyerapan protein adalah lebih tinggi dalam telur yang dimasak (90%) daripada telur mentah (50%).

2. Ayam dan khinzir

Ayam mentah adalah beracun. Tidak seperti daging lembu, makan ayam mentah boleh mengakibatkan penyakit serius kerana ia mengandungi salmonella, campylobacter atau kedua-duanya yang boleh menyebabkan cirit-birit, demam dan kekejangan perut.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) mengatakan bahawa ayam perlu dimasak pada suhu dalaman yang selamat iaitu 74 darjah celcius.

Bagi khinzir pula, haiwan ini dibela dengan cara yang sangat berbeza. Individu yang makan makanan ini berisiko untuk dijangkiti oleh salah satu daripada dua parasit jahat yang terkandung di dalamnya iaitu trichinosis atau cacing pita.

Trichinosis adalah parasit yang mendiami usus kecil selepas anda makan daging yang dijangkiti. Selain daging khinzir, daging beruang dan daging serigala juga berpotensi untuk dijangkiti parasit ini.

Oleh itu, sebelum makan jenis daging ini, pastikan ia dimasak dengan baik.

3. Taugeh

Taugeh adalah salah satu tumbuhan yang paling mudah untuk tumbuh dan ia juga kaya dengan nutrien.

Walau bagaimanapun, makan taugeh mentah boleh menyebabkan keracunan makanan dengan gejala seperti kekajangan perut, cirit-birit, dan muntah yang berlaku di antara 1 hingga 8 hari selepas memakannya.

4. Tomato

Walaupun tomato boleh dimakan secara mentah, satu kajian oleh saintis Universiti Cornell menunjukkan bahawa aktivti antioksidan tomato yang dimasak adalah lebih tinggi berbanding tomato yang belum dimasak.

Ini menunjukkan bahawa untuk mendapatkan lebih banyak manfaat daripada tomato, ia perlu dimasak sebelum dimakan.

Tomato menduduki tempat ke-10 sebagai salah satu sayur-sayuran dengan sisa racun makhluk perosak.

5. Madu

Madu mentah mungkin mengandungi spora bakteria Clostridium botulinum yang sangat berbahaya kepada bayi, kanak-kanak di bawah umur setahun dan wanita hamil.

Ia boleh menyebabkan keracunan botulisme dengan kesan sampingan seperti mual, muntah dan cirit-birit. Hal ini boleh menyebabkan kelumpuhan yang boleh mengancam nyawa.

6. Tuna

Tuna yang dihidang mentah boleh dimakan. Namun, anda berkemungkinan akan berhadapan dengan risiko penyakit bawaan makanan jika tuna mentah tersebut tidak disimpan jauh dari ikan atau daging mentah yang lain.

Tuna mentah mengandungi kandungan merkuri yang sangat tinggi yang boleh memberi kesan toksik pada sistem kardiovaskular dan saraf pusat.

Kajian mendapati bahawa jumlah mekuri yang boleh diakses adalah 40 peratus hingga 60 peratus lebih rendah dalam ikan yang dimasak berbanding ikan mentah.

7. Tepung

Sesudu doh mentah akan menyebabkan anda berhadapan dengan risiko mendapat jangkitan salmonella kerana telur mentah yang terdapat di dalamnya. Selain itu, anda juga akan berisiko dijangkiti bakteria E coli dalam tepung.

Pada tahun 2016, wabak jangkitan E coli yang dikaitkan dengan tepung mentah telah menyebabkan 63 orang jatuh sakit.

Oleh sebab itu, pastikan makanan yang menggunakan tepung dimasak dengan baik.

8. Kentang

Kentang mengandungi anti nutrien yang akan menganggu penghadaman dan penyerapan nutrien dalam badan.

Kentang yang dimasak dapat mengurangkan lektin, salah satu anti nutrien yang terkandung di dalamnya.

Glycoalkaloids dalam kentang akan menyebabkan rasa mengantuk, kegatalan dan masalah penghadaman dalam jumlah yang tinggi. Namun, ia dapat dikurangkan dengan mengupas kulit kentang dan memasaknya dengan baik.

9. Susu

Susu segar dipercayai sebagai jenis susu yang terbaik utnuk tubuh badan manusia. Susu segar ini bukan bermaksud ia datang secara langsung daripada lembu, kambing, biri-biri kerbau atau unta.

Susu mentah atau susu yang tidak dipasteurisasi akan membawa bakteria berbahaya dan kuman lain yang boleh menjadikan anda jatuh sakit. Bukan itu sahaja, minum susu mentah juga akan menyebabakn kematian.

Ia juga boleh menyebabkan jangkitan serius seperti salmonella, listeria dan E coli.

10. Buah zaitun

Buah zaitun tidak boleh dimakan mentah kerana ia mempunyai rasa yang teruk. Zaitun mentah sangat pahit dan jika anda memetiknya dan terus makan, anda mungkin akan berasa sepeti hendak muntah serta meludahnya kembali.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca