Ini Adalah 10 Cara Pemergian Yang Pelik

1. Pemergian oleh fenomena yang tidak dapat dijelaskan

Kejadian berlaku sekitar tahun 1959 di mana para pendaki gunung telah ditemui maut dengan pelbagai cara pemergian yang tidak dapat dikenal pasti puncanya. Apa yang pelik adalah dikatakan terdapat pendaki dalam kalangan pelajar yang cedera di bahagian dalaman, akan tetapi tidak mempunyai kesan pergelutan atau luka pada bahagian luar badan mangsa.

Pelbagai andaian yang telah diutarakan, antaranya runtuhan salji, konspirasi daripada pihak tentera dan juga makhluk asing. Kes ini ditutup setelah ada pendaki lain mengakui terlihat suatu objek berwarna oren yang muncul pada malam kejadian berlaku.

2. Maut di dalam longgokan sampah

Adik-beradik Collyer telah ditemui maut di rumah mereka yang mempunyai sekitar 180 tan barang terbuang. Pada awalnya, kejadian bermula apabila Langley telah tersadung ke dalam perangkap yang dibuat untuk perompak. Perangkap yang telah tertimbun di dalam longgokan sampah itu telah menjerat tuannya. Homer yang buta dan telah terlantar di katil akibat reumatik tidak dapat menolong Langley. Akibat daripada itu, Homer maut akibat kebuluran setelah tiada siapa yang mampu menjaganya.

3. Maut di papan tanda ‘Hollywood’

Siapa yang menyangka papan tanda ‘Hollywood’ yang terkenal ini menyimpan pelbagai kisah tragis yang tersendiri. Pada tahun 1923, di mana papan tanda ini masih bernama ‘Hollywoodland’, seorang pelakon wanita muda bernama Peg Entwistle telah mengambil nyawanya di papan tanda berhuruf itu. Entwistle telah meninggalkan nota dan terjun dari papan tanda itu kerana merasakan dirinya telah gagal dalam menceburi bidang hiburan. Ironiknya, dua hari setelah kematian Entwistle, dia memperoleh tawaran berlakon di dalam cerita di mana terdapat watak wanita yang mahu mengambil nyawanya sendiri.

4. Pemergian disebabkan ‘Molasses’

Kejadian letupan tangki ‘molasses’ pada tahun 1919 di Bonton telah mengorbankan 21 nyawa dan telah menjadi kawasan sekitar taman yang berwarna coklat. Letupan yang terjadi telah mengakibatkan satu gelombang melekit di mana ia telah menelan orang yang berdekatan kerana teksturnya melekit. Orang-orang yang malang akan menjadi lemas kerana sukar untuk melepaskan diri dalam cecair coklat yang pekat itu.

5. Pemergian disebabkan oleh permainan video

Seperti yang anda ketahui, ketagihan bermain permainan video ini berada pada arasnya yang tersendiri. Kadang kala pemain lebih taksub untuk bermain tanpa mempedulikan makan dan minum. Perkara ini telah terjadi kepada seorang pemain permainan video ‘Starcraft’ di Korea, di mana dia telah bermain tanpa henti selama 50 jam. Dia hanya tidur dan menggunakan tandas sebentar sahaja sepanjang 50 jam tersebut. Pemergiannya dikatakan berpunca daripada serangan jantung disebabkan oleh keletihan yang melampau.

6. Pemergian disebabkan oleh pakaian dalam

Pakaian dalam yang dimaksudkan di sini ialah coli yang sering dipakai oleh golongan wanita. Kematian ini tidak sepenuhnya disebabkan oleh coli, akan tetapi ia telah menjadi sebahagian daripada kejadian ini berlaku. Hal ini kerana, coli yang dipakai memiliki besi dan besi merupakan antara pengalir elektrik yang baik. Kejadian berlaku apabila wanita terbabit berteduh di bawah pokok semasa hujan ribut. Kilat yang telah menyambar pokok telah menyebabkan wanita tersebut terkena sekali.

7. Pemergian disebabkan oleh biri-biri yang lapar

Pemergian ini boleh dikatakan berpunca daripada biri-biri lapar yang sudah tidak dapat membendung lagi keinginan mereka untuk makan. Biri-biri yang selalu dilihat penakut dan lembut ini juga boleh berubah apabila lapar. Perkara yang tidak diingini berlaku apabila Betty Stobbs ingin memberikan makanan kepada haiwan ternakannya. Biri-birinya telah bertindak agresif dengan menyerang Betty yang sedang berada di atas ATV. Nasib tidak menyebelahi Betty apabila biri-biri yang kelaparan itu telah menolak ATV tersebut sehingga menghempap tubuh Betty menyebabkan dia meninggal.

8. Pemergian disebabkan oleh janggut

Pertandingan untuk memiliki janggut yang panjang agak popular. Siapa yang menyangka memiliki janggut yang panjang boleh membawa maut. Hal ini telah terjadi kepada seorang lelaki dari Austria di mana pemergiannya berpunca daripada janggutnya sendiri. Apa yang telah berlaku adalah lelaki ini ingin melarikan diri daripada sebuah kebakaran akan tetapi telah terpijak janggutnya semasa ingin melarikan diri.

9. Pemergian akibat deodorant

Tidak salah jika ingin menjada kebersihan diri. Akan tetapi apa yang perlu diberikan perhatian adalah tentang cara penggunaannya. Kejadian berlaku disebabkan oleh terdapatnya bahan seperti butana dan propane yang banyak di dalam darah mangsa. Mangsa dikatakan telah menggunakan deodorant berjenis spray di dalam bilik yang tidak mempunyai pengudaran udara yang baik.  Hal ini telah menyebabkannya maut akibat serangan jantung berpunca daripada terlalu banyak menyedut asap deodorant.

10. Pemergian akibat saluran longkang

Pemergian sebegini kerap kali berlaku kerana sifat tidak ingin melepaskan sesuatu barangan. Sebagai contoh, apa yang telah berlaku pada seorang lelaki Kanada ini adalah dia tidak mahu melepaskan dompet miliknya yang telah terjatuh ke dalam longkang. Pihak polis telah menyuruhnya untuk tunggu sebentar, tetapi dia telah memilih untuk mencuba mengambilnya sendiri dan menyebabkannya tersekat di dalam saluran tersebut. Lelaki itu masih hidup ketika diselamatkan, namun menghembuskan nafas yang terakhir ketika berada di hospital.

Penulis:

  • Nur Aqimila Binti Mohd Razali adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Sebelum ini, kami ada kongsikan lima jenis fobia paling pelik dalam dunia. Untuk baca artikel penuh, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca