Ini 9 Jenis Haiwan Yang Sukar Ditemui Di Dunia

Populasi kehidupan yang wujud di atas muka bumi adalah sukar untuk didigitkan. Lebih-lebih lagi untuk kehidupan fauna yang hidup dalam pelbagai habitat. Habitat yang wujud tidak mungkin dapat dikaji sepenuhnya. Kelainan bentuk muka bumi menjadikan terdapat sesetengah haiwan menjadi sukar untuk didekati.

Berikut adalah sembilan contoh haiwan yang paling sukar ditemui di dunia:

1. Solendon

Binatang bernama solendon ini memiliki ciri fizikal yang sama seperti tikus. Meskipun kecil, haiwan ini berbahaya kerana mempunyai racun yang boleh membahayakan nyawa. Mamalia yang berasal daripada Cuba ini akan menyuntik mangsanya dengan bisa yang tedapat pada badannya.

2. Kakapo

Kakakpo adalah sejenis burung yang lahir daripada keluarga burung kakaktua. Apa yang berbeza mengenai burung jenis ini adalah ia tidak boleh terbang seperti burung kakaktua yang lain.

3. Olm

Haiwan yang seakan-akan ular kecil ini menghabiskan hidupnya di gua-gua bawah tanah. Binatang amfibia yang berasal dari Eropah ini tidak dapat melihat dalam erti kata lainnya buta. Akan tetapi, kelebihan yang ada pada binatang ini adalah ia mempunyai pendengaran dan deria bau yang lebih tajam.

4. Bumblebee

Nama yang sama dengan watak fiksyen di dalam Transformer ini adalah seekor kelawar. Kehidupan kelawar yang sering berlingkar di dalam gua-gua membuatkan haiwan ini sukar untuk ditemui. Badannya agak kecil dan memiliki rupa fizikal yang mana muncungnya menyerupai muncung khinzir.

5. Ichthyophis Kohtaoensis

Reptilia ini dikatakan telah pupus bersama dinosaur. Akan tetapi, ia didapati tidak benar kerana terdapat nelayan yang telah pernah menangkapnya. Tubuhnya yang panjang seakan belut dan memiliki kepala berbentuk seperti segitiga. Spesies ikan ini telah tergolong di dalam kumpulan ikan yang digeruni.

6. Monito Del Monte

Haiwan comel ini adalah haiwan yang tergolong dalam golongan spesies marsupial. Ia hidup di Chili dan Argentina. Memiliki mata yang besar dan hidup di hutan-hujan. Binatang ini mempunyai ciri-ciri seperti binatang di dalam cerita animasi di mana ia menggunakan ekornya yang panjang untuk berayun dari cabang ke cabang yang lain.

7. Addax

Haiwan ini adalah antara spesies kijang yang sangat jarang ditemui di gurun Sahara. Memiliki ciri fizikal yang berlainan sedikit sahaja dengan kijang akan tetapi sangat sukar ditemukan.

8. Dugong

Rakyat Malaysia semestinya sudah tidak kekok dengan nama ini. Memiliki ciri fizikal yang mirip dengan ikan lumba-lumba. Perbezaan mereka adalah dugong memiliki mulut yang seakan terkeluar dan berada dalam kedudukan menegak dengan kepala terarah ke bawah. Ciri fizikal ini telah memudahkannya untuk makan rumput yang berada di dasar laut.

9. Saola

Haiwan ini dikatakan mirip seakan kambing. Akan tetapi, ciri fizikalnya hanya sedikit sahaja yang menyerupai kambing. Terdapat corak putih dimukanya dan memiliki ekor yang kecil. Oleh itu, Soala dikatakan antara mamalia yang paling jarang ditemui. Memiliki badan yang boleh membesar setinggi tiga meter.

Penulis:

  • Nur Aqimila Binti Mohd Razali adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan haiwan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca